Lelaki meninggal dunia selepas pembedahan oleh robot gagal.

Sekadar Gambar Hiasan by Travel Nurse

Bukan manusia sahaja melakukan kesilapan, tapi robot juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan sehingga boleh membawa maut.

Ini yang berlaku apabila seorang lelaki meninggal dunia selepas menjalani pembedahan yang dilakukan oleh sebuah robot.

Stephen Pettitt,69 tahun telah mengalami pelbagai kerosakan organ selepas kegagalan prosedur pembedahan jantung yang dilakukan sebuah hospital.

Pembedahan tersebut diketuai oleh Sukumaran Nair yang sebelum itu menolak untuk menjalani latihan terhadap robot itu.

Malah selepas insiden, Nair memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia perlu lebih banyak membuat latihan.

Ia juga dilaporkan bahawa beberapa kakitangan yang sepatutnya membantu robot yang dikenali Da Vinci itu tidak berada di situ.

Kematian Pettitt dari Whitley Bay, Tyne & Wear itu memaksa siasatan besar-besaran dibuat termasuk dari pihak polis.

Robot Da Vinci direka sebagai menjadi kunci utama dalam proses pembedahan agar lebih selamat dan tepat.

Selepas mangsa meninggal dunia, koordinator berkata, Nair telah menghubunginya meminta maaf dan mungkin akan menjalani lebih banyak latihan.

Sekadar Gambar Hiasan by Travel Nurse
Menurut pakar patologi Nigel Cooper berkata: “Pembedahan itu mengikut masa yang tepat. Namun penghujung proses pembedahan jantung berfungi sangat teruk.

“Ubat-ubatan dan mesin digunakan untuk membantu jantung kembali berfungsi namun organ Pettitt mula merosot dan meninggal dunia beberapa hari kemudian.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini