•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lexar adalah salah satu jenama yang mengeluarkan pemacu kilat (flash drive) untuk kegunaan umum. Terbaru, hari ini pihak Lexar telah mengumumkan pemacu kilat keluaran terbaru mereka iaitu JumpDrive F35 USB 3.0, yang mana melalui fungsi terbina pemacu kilat ini mampu bertindak sebagai pelindung data melalui fungsi pengesahan cap jari.

Dengan kepantasan mengenal pasti cap jari dalam masa kurang dari satu saat, pemacu kilat ini dikatakan dapat berfungsi dengan kelajuan menulis data sehingga 150 MB/s. Dan melalui fungsi pengesahan cap jari ini juga, ia difahamkan boleh menetapkan dan mengenal pasti sehingga 10 cap jari yang berbeza, selain ianya turut dilindungi dengan penyulitan AES 256-bit bagi memastikan fail anda betul-betul selamat.

Berdasar laporan yang telah dikongsikan oleh satu laman web gadget popular, 9to5Mac, varian bagi pilihan storan 32GB telah tersedia untuk ditempah melalui laman web Amazon dengan harga semurah $32.99 (lebih kurang RM137).

Baca juga  PLUS Kini Dilengkapi Sokongan Pembayaran Nirtunai - Dimulakan Dengan R&R Dengkil

Terdapat juga pilihan varian storan 64GB, 128GB, dan juga 256GB, dimana ianya difahamkan akan dijual dengan harga bermula $50 (lebih kurang RM208), $90 (lebih kurang RM374), dan $170 (lebih kurang RM706), dan ianya akan dihantar terus kepada pembeli dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Untuk makluman pihak Lexar mengatakan pemacu kilat JumpDrive ini bersesuaian dengan Mac dan Windows PC, namun begitu bagi mereka yang menggunakan Mac tanpa port USB 3.0, malangnya anda tidak akan dapat menggunakan pemacu kilat ini tanpa bantuan dongle. Jadi, sekiranya anda adalah pengguna Mac yang dimaksudkan dan ingin mendapatkan pemacu kilat ini untuk kegunaan peribadi anda, mungkin terpaksa menyediakan sedikit wang tambahan bagi membeli dongle juga.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini