•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hari ini, media sosial bukan sekadar tempat melakukan aktiviti sosial, tetapi juga berupaya memberi pendapatan yang bukan biasa-biasa. Jika sebelum ini, orang ramai tidak yakin untuk melakukan jual-beli di atas talian, tetapi kini ianya semakin rancak.

Peniaga-peniaga produk menjadikan platform media sosial sebagai tempat menjana pendapatan lumayan. Ini bukan cakap-cakap kosong. Ada ramai nama-nama besar yang sudah pun menjana pendapatan tanpa had dengan perniagaan atas talian. Mereka bukan sahaja menjadi perhatian ramai, tetapi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga memerhati mereka.

Terkini, pihak LHDN turut menggunakan platform media sosial bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang memiliki harta atau kekayaan luar biasa tetapi gagal mengisytiharkan cukai pendapatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata pasukan khas ditubuhkan pada September tahun lalu bagi memantau golongan berkenaan.LHDN mempunyai sistem untuk mengumpul maklumat daripada media sosial terutama membabitkan e-dagang.

Bagaimana mereka mengumpul maklumat ini?

Lembaga Hasil Dalam Negeri, Peniaga Online
Perniagaan ‘Online’ Beri Pendapatan Lumayan

Pegawai LHDN akan pergi kepada medium perantaraan terutama mereka yang menawarkan perkhidmatan atau menjual produk menerusi media sosial. Lazimnya, mereka yang menawarkan perkhidmatan atau menjual produk (menerusi media sosial) akan memberikan nombor akaun bank. Daripada maklumat itu, akan membawa kepada maklumat yang berkaitan dengan pembayaran cukai peniaga.

Baca juga  12 Jenis Barangan Dalam Rumah Yang Mungkin Telah Tamat Tempoh Tanpa Kita Sedari

Sehingga hari ini, kira-kira 80,000 pembayar cukai merangkumi individu dan syarikat dikenal pasti gagal membayar cukai pendapatan.

LHDN bukanlah pihak yang kejam. Ini dibuktikan apabila mereka mengadakan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) yang dilaksanakan khas untuk pembayar cukai melaporkan pendapatan yang belum dilaporkan atau terkurang daripada yang dikemukakan kepada LHDN sebelum ini.

Individu yang tampil membuat pengakuan sehingga 30 Jun 2019 hanya dikenakan penalti antara 10 peratus dan 15 peratus, manakala penalti asal antara 80 peratus hingga 300 peratus dikenakan bagi mereka yang gagal membuat pengakuan dalam tempoh ditetapkan

Jadi apa tunggu lagi. Jika pendapatan anda layak dicukai, bayarlah dengan segera. Barulah hati lebih tenang kan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini