Seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Ogos yang lalu, kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil alih kesemua operasi kamera Awasa dan AES bermula 1 September 2018. Pengambilan ini meliputi 45 buah kamera AWAS / AES di seluruh Malaysia.
Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan pada 3 September 2018 telah menjelaskan secara terperinci berkenaan isi ini. Adalah dimaklumkan bahawa kadar kompaun yang dikenakan bagi pesalah yang telah dirakamkan oleh kamera AWAS / AES adalah RM300 dan tiada pengecualian dan pengurangan akan diberikan bagi setiap kompaun yang telah dikeluarkan.
Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Berdasarkan undang-undang yang telah diperuntukkan, disetiap lokasi pemasangan kamera akan diletakkan 3 papan tanda pemberitahuan “ZON OPERASI KAMERA” iaitu antara jarak 1km, 2km dan 3km sebelum kamera. Jadi sentiasalah beringat dan waspada dengan papan tanda amaran yang telah diletakkan. Berikut kami kongsikan lokasi dan kedudukan 45 kamera tersebut.
Mungkin bagi anda yang tidak menghiraukan nilai kompaun yang dikenakan itu, tapi anda perlu ingat bahawa sitem mata demerit juga diperkenalkan bermula September 2018 dimana setiap kesalahan yang direkodkan akan dikenakan mata demerit seperti berikut :
i. Kesalahan had laju melebihi 1km hingga 25km sejam : 2 mata bagi kenderaan motor, 4 mata bagi kenderaan barangan dan bas.
ii. Kesalahan had laju melebihi 25km hingga 40km sejam : 3 mata bagi kenderaan motor, 5 mata bagi kenderaan barangan dan bas.
iii. Kesalahan had laju melebihi 40km sejam : 4 mata bagi kenderaan motor, 6 mata bagi kenderaan barangan dan bas.
Tindakan bagi proses penggantungan lesen adalah berdasarkan jumlah mata terkumpul seperti berikut :
Kita perlu faham bahawa kerajaan menguatkuasakan undang-undang sebegini adalah bagi tujuan mendidik dan menjaga keselamatan pemandu khususnya ketika melalui laluan berisiko berlakunya kemalangan kerana semua kamera yang dipasang adalah dikawasan yang berisiko.