Bermula hari ini pengguna komputer iMac dan Macbook boleh mula memuat turun dan menggunakan sistem operasi perkomputeran terbaru Apple iaitu macOS Mojave. Sistem operasi terbaru ini didatangkan dengan beberapa ciri baru yang menarik.

Antara salah satu ciri yang menjadi tumpuan ramai iaitu kewujudan sokongan tema gelap yang berfungsi hampir secara keseluruhan termasuk penyesuaian terhadap perisian-perisian yang telah dipasang – sekaligus menjadikan mata lebih selesa apabila menatap skrin.

Turut disertakan didalam naik taraf macOS Mojave ini, Apple juga menyertakan beberapa kemudahan lain seperti:

  • Continuity Camera – paparan secara automatik pada Macbook atau iMac anda sejurus selepas sesuatu objek atau dokumen dirakamkan atau diimbas secara berdekatan menggunakan iPhone anda.
  • Fungsi utiliti skrin baru yang ditambah baik, dimana ianya kini membenarkan anda membuat rakaman video skrin.
  • Pelayar Safari yang ditambah baik dengan fungsi Intelligent Tracking Prevention yang dipertingkatkan, dimana ianya kini berupaya menghalang butang Share dan Like Facebook daripada menjejaki pengguna untuk kepentingan pengiklanan mereka.
Baca juga  Apple iOS 12 Berjaya Digodam

Selain itu, turut diberikan wajah baru iaitu Mac App Store versi Mojave yang kini lebih kemas serta boleh dipaparkan dalam tema gelap.

Jadi bagi anda yang menggunakan iMac dan Macbook, anda boleh memuat-turun kemaskini macOS Mojave ini bermula hari ini, namun perlu diingatkan supaya melakukannya dengan sambungan internet yang stabil bagi mengelakkan sebarang masalah.

Saiz fail bagi naik taraf macOS terbaru ini adalah sebesar 5.7GB. Muat turun sekarang – macOS Mojave

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini