Makanan ini boleh menjadikan kulit anda putih secara semulajadi


Terlalu banyak produk makanan tambahan yang ada di pasaran yang membantu menjadikan kulit lebih putih dan berseri. Namun untuk membeli produk tersebut, pastinya bukan murah.

Jangan risau kerana anda masih boleh menjaga kecantikan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah berseri dengan mengamalkan makan makanan berikut. Ia sangat mudah diperolehi dan tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

1. Tomato
Tomato sering menjadi bahan utama dalam produk kecantikan kulit kerana ia berfungsi untuk memutihkan kulit dari dalam kerana kandungannya yang tinggi dengan lycopene.

2. Betik
Betik kaya dengan Vitamin E dan C sebagai antioksidan dan mampu menghilangkan kesan parut dan jerawat pada wajah.

3. Lobak merah
Selain bermanfaat untuk kesihatan mata, lobak merah juga berperanan penting dalam memutihkan kulit kerana ia kaya dengan kandungan vitamin C serta karoten.

 

4. Bayam
Bayam mengandungi vitamin A yang tinggi yang membuatkan kulit menjadi lebih sihat dan membantu memberi kelembapan yang mencukupi pada epidermis.

5. Buah Kiwi
Buah Kiwi agak mahal di pasaran Malaysia namun khasiatnya agak tinggi kerana kaya dengan vitamin C yang dapat memutihkan kulit selain membantu menghilangkan kesan jerawat.

6. Teh Hijau
Ia sangat baik sebagai minuman kesihatan dan membantu dalam penurunan berat badan. Teh hijau juga berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari serta membantu memutihkan kulit.

7. Makanan berasaskan soya
Antara contoh makanan yang dibuat berasaskan soya seperti tauhu, tempe dan minuman air soya. Ia dapat membantu memeliharan kecantikan kulit serta memutihkan kulit dari dalam.

Makanan yang dinyatakan di atas sangat mudah diperolehi dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Anda boleh jadikan bahan-bahan tersebut sebagai makanan sampingan atau dijadikan jus sesuai dengan selera anda.

Selain itu, campuran beberapa jenis bahan mungkin dapat memberikan hasil yang lebih sedap dan berkhasiat tinggi.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini