Mana Lebih Baik, Basuh Telur Ayam Sebelum Simpan Atau Simpan Bersama Tahi Ayam?


Apakah yang anda akan lakukan selepas membeli telur ayam di kedai runcit depan rumah?

Adakah anda akan membasuh terlebih dahulu telur ayam yang baru dibeli dari kedai atau terus menyimpannya dalam peti sejuk?

Mesti ramai yang ingin mengetahui yang mana satu kaedah betul? Pelbagai pendapat yang kita pernah dengar.

Ada yang sarankan untuk membasuh terlebih dahulu sebelum simpan sebab bagi mengelakkan pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata tidak perlu basuh dahulu sebab nanti telur cepat rosak.

Untuk makluman, semasa proses bertelur. Ayam akan mengeluarkan sejenis cecair yang dikenali sebagai egg bloom atau cuticle yang bertindak sebagai protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk mengelakkan kemasukkan kuman ke dalam telur serta membantu mengekalkan kelembapan di dalam telur dengan cara mencegah air dari meruap keluar daripada dalam telur.

Jika anda membasuh telur sebelum disimpan, pastinya protective layer telur berkenaan akan menipis atau hilang.

Telur ayam wajib dibasuh sebelum dimasak.

Walaupun peti sejuk menyediakan suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C). Tetapi perlu diingat, kuman atau bakteria tidak akan mati. Mereka hanya ‘tidur’ atau kurang aktif. Kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.

Tetapi jika ada tahi di kulit telur, apa yang harus dilakukan?

Nak simpan terus juga ke? Bukankah itu najis Kuman pun banyak. Kalau tahi jelas kelihatan. Basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Anda pun pasti tidak suka peti sejuk dicemari kuman. Tetapi cukuplah sekadar basuh, tidak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai togel protective layer nya.

Sekadar menghilangkan najis yang hadir. Dan ketika memasak. Berilah keutamaan pada telur yang telah dibasuh terlebih dahulu kerana ia berpotensi untuk dimasuki kuman dan rosak berbanding yang lain akibat protective layer yang menipis atau sudah tiada.

Atau mungkin anda boleh jadikan kenyataan di bawah ini untuk meyakinkan lagi kenyataan yang telur tidak wajib dibasuh sebelum menyimpannya.

 


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini