•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bagaimana rasanya sekiranya malam anda bukan hanya 12 jam tapi selama 65 hari. Suatu fenomena alam yang tidak dapat digambarkan oleh kita namun itulah yang berlaku di kawasan paling utara Amerika Syarikat (AS), Utqiagvik di Alaska yang kini bergelap selama 65 hari selepas malam kutub bermula 18 November lalu.

Utqiagvik hanya mengalami sinaran matahari selama 64 minit apabila matahari terbit pada jam 12.40 tengah hari sebelum terbenam semula pada jam 1.44 tengah hari (waktu tempatan). Susulan itu, pekan berkenaan tidak lagi akan melihat matahari sehingga jam 1.04 petang pada 23 Januari tahun hadapan.

Pakar kaji cuaca CNN, Judson Jones berkata, malam kutub lazim merujuk kepada lokasi yang matahari tidak terbit selama lebih 24 jam.

“Ia berlaku setiap tahun. Jika anda tinggal di atas Garisan Artik, memang akan ada hari apabila matahari terbenam sepanjang musim luruh. Namun, ia juga akan berlaku untuk musim panas apabila matahari tidak terbenam selama berhari-hari.”

Baca juga  Harga Bitcoin Jatuh Mendadak, Ramai Pelombong Kriptowang Muflis

Pekan dengan 4,000 penduduk itu terletak 51 kilometer di atas Garisan Artik sebelum ini dikenali sebagai Barrow dan pernah menjadi lokasi filem seram 30 Days of Night yang menunjukkan kawasan itu dikuasai puntianak ketika malam kutub.

Suhu di Utqiagvik amat sejuk ketika malam kutub, iaitu kira-kira -20 hingga -23 Celsius ketika musim sejuk. Pada waktu malam, cuaca lebih sejuk, iaitu hampir -30 Celsius ketika musim sejuk.

Walaupun mengalami malam kutub, ini tidak bermakna Utqiagvik akan gelap sepenuhnya. Ia masih mengalami senja guruh yang memberikan sedikit pencahayaan indah selama tiga hingga enam jam sehari.

Agaknya bagaimanakah kehidupan kita andai malam berterusan seperti ini. Kita harus bersyukur tinggal di negara bertuah Malaysia yang memiliki iklim panas sejuk yang sekata.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini