Media Cetak Semakin Terpinggir, Terpaksa Berubah Kepada Media Digital


Semakin hari dunia digital semakin berkembang. Ia secara perlahan-lahan mengenepikan media cetak sebagai antara penyampai berita utama untuk orang ramai.

Syarikat-syarikat media cetak pun banyak yang sudah menyedari hakikat perubahan ini. Sebab itulah mereka sudah mula membuat langkah-langkah untuk mengikut arus perubahan zaman.

Banyak syarikat media cetak sekarang sudah membina rangkaian media digital mereka sendiri. Mereka sudah mula memperkuatkan platform media sosial mereka. Surat khabar online, blog, youtube dan media sosial seperti Facebook dan Instagram sudah menjadi sebahagian daripada pelan pemasaran mereka sekarang.

Syarikat yang tidak sanggup mengikut arus sudah ada yang gulung tikar. Begitu juga dengan majalah. Majalah-majalah sudah makin berkurangan di pasaran sekarang.

Fenomena ini memberi kesan bukan sahaja kepada syarikat malah kepada pekerja juga. Ramai yang berdepan dengan risiko diberhentikan kerja kerana terlebih pekerja.

Kesan daripada ini mengheret perniagaan yang bergantung kepada jualan media cetak. Peniaga-peniaga kecil yang mendapat hasil daripada jualan akhbar dan majalah sudah mula hilang sumber kewangan dari situ.

 Syarikat yang lebih besar seperti MyNews sudah mula melebarkan niche perniagaannya daripada niche utama menjual produk media cetak kepada perniaagan yang lebih umum seperti menjual barangan keperluan dan runcit yang lain.

Terkini, akhbar The Malay Mail akan memberhentikan penerbitannya seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarangnya, Datuk Wong Sai Wan di dalam temubual di Radio BFM 10 Oktober lalu. Walaubagaimanapun syarikat akhbar itu akan terus menerbitkan berita dalam bentuk digital.

Menurut beliau, zaman akhbar cetak sudah berakhir. Jadi menjelang tahun baharu 2019, akhbar harian bercetak bahasa Melayu dan Inggeris di Semenanjung Malaysia akan tinggal Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Kosmo, Harian Metro, The New Straits Times dan The Star sahaja.

Senario ini walaubagaimanapun akan menguntungkan sesiapa yang sudah lama berada di dalam industri digital. Blogger dan social media Influencer akan lebih mendapat perhatian. Mereka yang dah membina nama dan pengikut yang ramai banyak mendapat manfaat daripada perubahan ini.

Social Media Influencers

Sebab itu banyak tugasan-tugasan promosi dan hebahan berita sekarang banyak dibuat oleh blogger dan media social influencer. Bayaran yang diterima mereka pun boleh tahan. Dan ada yang sudah berani berhenti kerja makan gaji untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya mereka sebagai blogger dan Media Social Influencer.

Ini diharap akan memberi sedikit sebanyak tempias kepada Ohsempoi ini yang merupakan platform portal infotainment yang sedang mengukir nama seiring dengan perubahan senario baru di bidang hebahan berita ini.

 Pihak yang mahu berkerjasama dengan Ohsempoi boleh menghubungi admin untuk perbincangan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini