•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ini adalah sambungan entri tentang tempat makan/restoran yang sedap serta murah di Sungai Buloh yang kami terbitkan semalam. Hari ini kami kongsikan lagi 7 tempat makan menarik dan sedap di sungai Buloh untuk anda.

Kebetulan perkongsian kali ini banyak restoran yang menyediakan menu burger dan makanan barat (western) yang best. Ini akan menyenangkan anda untuk mencari mengikut klasifikasi makanan nanti…

1.Burger Bajet

Burger paling murah gila!!! Kedainya nampak biasa dan kecik sahaja tapi makanannya… mak ai.. Wallawei..! Harga sangat berpatutan dan portionnya besar..

Harga: Burger Ayam/Daging – Rm2.00 SAHAJA (tak masuk akal kan?)

Lokasi: Lot 1530-1 Jalan Gajah 12, Kampung Kubu Gajah

2. A&J Burger Grill & Western

Makanan Western paling sedap dan murah area Kampung Melayu Sungai Buloh.

Set Loyang Lamb makan 4 orang, harganya cuma RM45.90..! Macam tak percara kan..? Persekitaran sangat sesuai untuk santai bersama keluarga. Harganya sangat berpatutan dan yang bestnya protion nya besar.

Lokasi : A&J burger Grill & Western, bersebelahan Kilang Yamaha

3. Burger Chicken Crispy Cheese Leleh

Haaa sesuai dengan namanya. Dia punya burger, cheesenya memang meleleh leleh. Recommended tempat ni.
Nak datang tapi taktahu kat mana?

Waze jer:

Lokasi: Jalan BRP 6/13, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Waktu operasi : 5.30 petang – 12 malam

4. IZI Stesen Shellfood Asam Pedas

Baca juga  Resipi Aglio Olio Udang Galah

Datang la berapa kali pun kat sini, memang tak pernah kecewa!

Antara menu yang anda patut cuba ialah menu paling rare iaitu Siput sedut Cheese Rm19 . Satu-satunya makanan special yang terdapat di Sungai Buloh Selangor dan yang pertama di malaysia..! Memang kena cuba..!

Lokasi: Anda boleh waze/Google Maps IZI Stetsen Shellfood Asam Pedas

5. Kebab Sultan

Salah satu kebab yg popular di kalangan orang Sungai Buloh. Kebab Sultan Cheese meleleh leleh terbaik!!!

Paling popular kebab daging cheese meleleh dengan Harga cuma rm3.50.

Lokasi :Kampung melayu sungai buloh, selangor

6. Mee Racun Titan

Nama dia agak menggerunkan. Tapi rasanya perghhh..! Memang ketagih.. Serius.. Nak tau macamana “kick”nya rasa dia kena datang sendiri.

Lokasi: Restoran ManBurger Kukus Buloh (boleh waze)
Waktu operasi: 5.30 petang – 12.30 malam

7. Nasi Bamboo Sungai Buloh

Haaa tak perlu pergi jauh sampai ke Sungai Kelah Perak tu.. Kat Sungai Buloh pun ada. Kalau kat Perak ada restoran terkenal Nasi Bamboo Sungai Kelah, kat sini ada Nasi Bamboo di Sungai Buloh. Restoran ni pun recommended untuk anda terjah.

Lokasi: dekat dengan kedai Man Burger Lava (sebelah shell bandar baru )
Waktu operasi: bermula jam 6 petang.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini