Meter Pintar Membolehkan Pihak TNB Memantau Kegunaan Elektrik Anda Dari Jauh


Buat anda yang belum pernah mengetahui tentang penggunaan meter elektrik pintar, negeri Melaka adalah merupakan negeri perintis bagi penggunaan sistem tersebut. Dianggarkan kira-kira 310,000 unit meter sedang dipasang oleh pihak TNB secara berperingkat mengikut daerah sejak Januari lalu.

Difahamkan melalui pemasangan meter pintar ini, ia adalah cara terbaik bagi pihak TNB untuk mengetahui penggunaan kuasa bagi zon tertentu pada satu-satu masa sekaligus membenarkan mereka membuat pelarasan secara automatik untuk menyalurkan bekalan secukupnya berdasarkan keperluan.

Melalui penggunaan sistem meter pintar ini juga, pengguna boleh memantau penggunaan elektrik dirumah mereka pada setiap setengah jam, justeru membolehkan mereka merancang dan mengubah tabiat penggunaan elektrik mengikut keperluan masing-masing.

Dari segi kemudahan pengurusan kepada pihak TNB pula, sistem meter pintar ini juga membolehkan mereka untuk membuat pemantauan ke atas sesebuah rumah dengan lebih pantas, dimana mereka tidak perlu menghantar pekerja untuk pergi membaca bacaan meter elektrik, dalam masa yang sama juga berupaya membuat potongan sambungan elektrik ke sesebuah rumah dari pusat kawalan sahaja.

Buat masa sekarang, TEPCO (Tokyo Electric Power Company) adalah merupakan syarikat utiliti Jepun yang bertanggungjawab untuk memasang meter-meter pintar di Melaka ini.

Dimana menurut kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Eksekutif TEPCO, Dr Hiroshi Okamoto, buat masa sekarang tidak timbul isu membahayakan kesihatan berhubung kesan gelombang dan frekuensi radio yang dikeluarkan oleh meter pintar ini, dan menurut beliau lagi mereka berhasrat untuk memasang kira-kira 29 juta meter pintar lagi menjelang tahun 2020.

Nota kaki:

Dari sudut positif, jika perlaksaan sistem pintar ini dibuat seluruh negara ia akan mengurangkan kes kecurian elektrik, kerana difahamkan bahawa kebarangkalian sistem ini boleh dimanipulasi adalah sangat rendah.

Dan tak kurang juga, apabila adanya sistem meter pintar ini, dalam masa yang sama juga akan mengurangkan kebakaran bahan bakar (petrol) yang digunakan oleh pekerja-pekerja TNB untuk hadir secara fizikal bagi membaca meter di 8.4 juta premis di seluruh negara.

p.s: Kalau risau bil elektrik yang tinggi, boleh pakai solar PV (photovoltaic) di rumah. Baca sini – Kelebihan penggunaan solar PV.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini