Michael B.Jordan (Killmonger) Bakal Jadi Superman Berkulit Hitam Pertama?


Bagi yang meminati watak Superman yang dilakonkan oleh Henry Cavill mungkin terpaksa berputih mata untuk melihat beliau berlakon dalam filem itu lagi. Ini kerana berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh The Hollywood Reporter, pelakon sasa itu kini tidak lagi memegang watak tersebut.

Walaubagaimanapun laporan itu disangkal oleh ejen yang menguruskan pelakon itu, Dany Garcia, dengan menyatakan Henry Cavill masih lagi terikat dengan perjanjian bersama DCEU (DC Extended universe).

Berita ini seterusnya dihangatkan lagi dengan laporan yang dikeluarkan oleh Deadline apabila mereka mengatakan bahawa sepeninggalan Henry Cavill daripada siri francais filem ini, pelakon yang dicanangkan sesuai untuk membawa watak Superman adalah Michael B. Jordan.

Seperti yang diketahui umum, Michael B.Jordan sebelum ini adalah pelakon berkulit hitam yang popular dengan watak “Killmonger” menerusi filem Black Panther. Sekiranya betul ura-ura yang diperkatakan tentang pemilihan Michael, maka beliau akan menjadi Superman berkulit hitam pertama dalam siri franchise Superman.

Selain Henry Cavill, dikhabarkan juga bahawa pelakon yang memegang watak Batman, Ben Affleck, turut bercadang untuk mengundur diri daripada memegang watak tersebut.

Namun, Henry Cavill buat masa sekarang masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan laporan tersebut tetapi dilihat baharu sahaja memuat naik video ini di laman rasmi Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/BnpPIrmFN9n

 


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini