Jika anda Google, apa punca sebenar penyakit darah tinggi, pasti panjang senarai punca-puncanya.
Jawapan kepada punca darah tinggi, tiada jawapan yang tepat.
Tetapi daripada “lifestyle” manusia hari ini, dapat disimpulkan salah satu punca adalah daripada makanan yang dimasak menggunakan minyak masak terpakai sama ada di rumah atau di restoran.
Siapa kata setiap masakan yang dimasak di rumah lebih sihat, lebih selamat?
Kebanyakan orang yang menghidap darah tinggi biasanya menggunakan minyak masak berulangkali semasa memasak di rumah. Mungkin ini sudah menjadi rutin kerana mahu penjimatan yang lebih optimum.
Minyak masak diguna berulangkali? Minyak masak yang digunapakai?
Maksudnya selepas anda menggoreng ikan, minyak tersebut disimpan, esoknya anda menggunakan minyak yang disimpan untuk menggoreng ayam, kemudian digunakan lagi untuk menggoreng keropok, seterusnta digunakan lagi menggoreng nugget.
Mendapan di dala minyak masak “recylcle” itu tidak ditapis dan kita makan. Secara langsung, ianya masuk ke dalam badan dan memendap di dalam pembuluh darah.
Minyak masak (kelapa sawit) apabila dipanaskan berulangkali akan kehilangan khasiat dan menghasilkan polimer.
Apa kata, mulai hari ini kita semak minyak masak yang diguna di dapur rumah anda.