MIT Cheetah 3 Adalah Robot Yang Buta Sepenuhnya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyelidikan untuk menghasilkan robot-robot yang berupa hidupan sebenar sememangnya tidak pernah putus. Saban hari wujud teknologi-teknologi baru yang merapatkan jurang perbezaan diantara kehidupan sebenar yang dicipta ilahi dengan dunia teknologi.

Terbaru, ciptaan penyelidik daripada MIT (Massachusetts Institute of Technology) kini menghampiri kemampuan seekor Cheetah. Dinamakan sebagai Cheetah 3, robot ini diprogramkan untuk bergerak tanpa bantuan kamera dan dapat mengesan persekitaran hanya berdasarkan algoritma yang telah ditetapkan.

Melalui rakaman video yang telah dikongsikan dilaman rasmi Youtube mereka, Cheetah 3 bukan sahaja boleh menaiki tangga, melompat dan berjalan. Malah turut boleh mengikut rentak treadmill dengan kelajuan yang berbeza-beza.

Menurut mereka yang terlibat didalam projek MIT Cheetah 3 ini, robot ini dihasilkan adalah untuk membantu melakukan perkara-perkara diluar keupayaan manusia.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Baca juga  File Backup WhatsApp Tidak Lagi Menjejaskan Kuota Google Drive

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini