•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tak lama lagi kita bakal melihat saingan terhadap Proton X70 meluncur dijalanan. Ini kerana video teaser rasmi ke-3 model SUV pertama Perodua ini telah dikeluarkan secara rasmi di laman Youtube mereka.

Video yang berdurasi 40 saat tersebut yang merupakan gabungan teaser-teaser sebelum ini memperlihatkan Perodua yang lebih memfokuskan kepada keluasan kabin dan keupayaan dengan tujuh tempat duduk pada produk baru mereka kali ini.

Turut disertakan keupayaan model baru ini dalam memastikan keselamatan pejalan kaki apabila berada dihadapan kereta apabila Advanced Safety Assist (ASA) yang terbina didalam model ini mampu berhenti apabila mengesan kewujudan pejalan kaki di hadapan daripada kelajuan 50 km/h.

Difahamkan melalui model yang diberi kod SUV D38L ini, walaupun ianya dibina di kilang yang dan platform yang sama dengan model kenderaan daripada Toyota iaitu Toyota Rush, namun masih lagi terdapat perbezaan daripada sudut fizikal seperti binaan bumper depan dan belakang, gril, lampu LED serta kemasan dalaman.

Baca juga  Surau Al-Ghazali Petra Jaya Kuching Dibina Hasil Wang Pampasan Keluarga Nahas MH17
Gambaran artis Perodua SUV D38L 2019 – Depan
Gambaran artis Perodua SUV D38L 2019 – Belakang

Dan berbanding Toyota Rush, SUV D38L daripada Perodua ini juga lebih bersifat lokal kerana menggunakan material keluaran pembekal-pembekal tempatan. Tiada sebarang pengumuman rasmi tentang perincian spesifikasi dan harga untuk penawaran model SUV D38L. Namun, ianya dikatakan akan ditawarkan dengan harga yang mampu milik.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini