Monopoli Astro Dalam Perkhidmatan Penyiaran Televisyen Berbayar Bakal Tamat.

siaran astro tamat

Sejak sekian lama , Astro merupakan satu-satunya syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar di Malaysia.

Namun, tempoh hak eksklusif dan keistimewaan yang diberi kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (Astro) untuk menyiarkan kandungan kepada orang awam melalui perkhidmatan satelit telah berakhir pada 28 Februari 2017.

Har ini, tiada lagi monopoli Astro dalam penyediaan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar kerana pada masa ini terdapat empat lagi syarikat diberi hak yang sama untuk bersaing dalam menyediakan perkhidmatan itu.

Bagaimanapun, Astro masih berhak meneruskan aktiviti penyiaran satelit ini atas dasar bukan eksklusif kerana lesen-lesen yang dimiliki Astro di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sah sehingga 1 Februari 2020 bagi Lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian dan Pemberi Perkhidmatan Rangkaian.

Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) pula tamat pada 28 Februari 2022.

Menurut Eddin Syazlee (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), sehingga 30 September lalu, sebanyak 35 syarikat diberi lesen CASP oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, penyiaran bebas ke udara, protokol Internet dan penyiaran televisyen ‘Digital Terrestrial Television Broadcasting’.

Daripada senarai tersebut, empat syarikat telah dibenarkan memberi perkhidmatan penyiaran televisyen melalui platform satelit selain daripada Astro iaitu:

  • Ansa Broadcast Sdn Bhd
  • Jaringan Mega Sdn Bhd
  • Smart Digital International (M) Sdn Bhd
  • High End Net Sdn Bhd.

Dengan adanya penawaran pelbagai platform ini, rakyat Malaysia akan mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati kandungan sama ada melalui penyiaran percuma dan tanpa langganan atau melalui penyiaran berbayar.

Selain itu, rakyat juga mempunyai pilihan untuk menikmati kandungan penyiaran melalui plaftform ‘Over-the-Top’ seperti aplikasi Tonton, iFlix dan NetFlix.

cara langgan iflix

Kesimpulannya, jadilah pengguna yang bijak. Sekarang masa untuk rakyat memilih pembekal yang mampu memberikan kualiti yang terbaik. Bukannya bayar mahal, tetapi asyik menonton rancangan yang sama sahaja.

Tepuk dada, tanya selera.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/ohsempoi/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373