MYAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaru Di Malaysia


Nampaknya dominasi AirAsia bakal tergugat dek kerana sebuah lagi syarikat tambang murah yang dikenali sebagai MYAirline bakal diperkenalkan.

Kewujudan pesawat itu dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @theplanespapanazzi.

“MYAirline akan menggunakan pesawat jenis A320 bagi operasi penerbangan.

“Foto diambil ketika pesawat melakukan ujian pra penerbangan dan salah satu pesawat yang digunakan adalah merupakan bekas pesawat milik Air Asia Thailand,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook MYAirline, pesawat mereka sudah mula dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal bulan Mei yang lalu.

Penubuhan syarikat berkenaan bakal mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain iaitu AirAsia Group Bhd terutama dari segi persaingan harga.

Difahamkan ketika ini, MYAirline sedang dalam proses dan tawaran peluang pekerjaan juga telah dibuka menerusi laman webnya www.myairline.my.

Antara jawatan yang sedang dicari adalah seperti berikut:

  • Pereka laman web
  • Eksekutif media sosial
  • Jurutera MCC
  • Eksekutif jualan
  • Eksekutif pengedaran
  • Pereka grafik

Untuk makluman, MYAirline Sdn Bhd adalah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur dan merupakan salah satu dari dua syarikat penerbangan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).


2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini