MYNEWS Holdings Berhad, rangkaian kedai mudah alih tempatan terbesar di Malaysia, meraikan ulang tahun ke-22 nya dengan melancarkan aplikasi rasmi myNEWS Malaysia. Dengan pelancaran aplikasi ini ia sekaligus menunjukkan komitmen mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih baik dan bermanfaat buat para pelanggannya.
Dengan aplikasi myNEWS Malaysia ini, pelanggan bukan sahaja boleh membuat pembelian tanpa tunai (cashless) di mana-mana cawangan kedai runcit myNEWS, malah turut boleh mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditebus. Aplikasi ini yang sebelum ini masih diperingkat percubaan pada awal tahun ini telah menerima maklum balas yang positif dan menggalakkan daripada ahli yang mencubanya.
Ahli berdaftar akan menikmati faedah eksklusif di bawah aplikasi ini termasuklah bonus mata ganjaran (Bonus Points Rewards), penukaran mata ganjaran (Points Exchange Rewards), kempen setem (Stamps Campaigns) dan kupon promosi.
Aplikasi ini juga membolehkan ahli untuk menyimpan kad kesetiaan myNEWS mereka – kad nilai yang membolehkan pengguna membuat pembelian secara fleksibel di kiosk-kiosk melalui transaksi tanpa tunai dan hanya melalui peranti mudah alih mereka.
Untuk mempromosikan lagi urus niaga tanpa tunai ini, myNEWS juga mengumumkan kerjasama dengan Mastercard dengan melancarkan promosi Tap & Go ™ khas dari 1 Oktober 2018 hingga 31 Mac 2019 yang mana pengguna berpeluang menerima hadiah percuma seperti minuman Coke, 100 PLUS atau Oyoshi bagi setiap pembelian menggunakan kad kredit atau kad debit Mastercard mereka dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM10.
- Muat-Turun MyNEWS untuk Android
- Muat-Turun MyNEWS untuk iPhone