Neelofa Cipta Rekod Individu Ke-3 Menginap di The Muraka Dengan Kadar Melebih RM200,000 Semalam.


Sejak semalam, nama Banglo Mewah Di Dalam Air, The Muraka menjadi bualan ramai di Malaysia. Terletak di Kepulauan Maldives, banglo ini dibina pada tahun 2016 dengan kos melebihi RM60,000,000. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada tahun ini, yang ingin menikmati pengalaman tidur di tempat berkedalaman 16.4kaki (5 meter) di bawah paras laut.

The Muraka bermaksud “coral” atau batu karang di dalam bahasa Dhivehi iaitu bahasa tempatan di sana. Dengar kadar melebihi RM200,000 untuk satu malam, kami pasti tidak semua bertuah untuk menikmati peluang ini.

Pengacara dan pelakon Neelofa menjadi individu ketiga di dunia yang menginap di vila mega mewah The Muraka, Conrad Maldives Rangali Island.

The Muraka

Semalam, Neelofa berkongsi beberapa keping gambarnya yang berada di sana sehingga menerima perhatian luar biasa daripada peminat yang teruja dengan harga di vila itu.

“Saya selalu bersyukur kerana berpeluang meneroka percutian yang menarik. Bidang kerja memberi peluang kepada saya pergi ke tempat idaman yang selama ini hanya ada dalam imaginasi.”

“Seperti pengalaman sekali seumur hidup di The Muraka! Bilik-bilik di sini disediakan dengan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari, selain disediakan bot untuk menjelajah ke sekeliling pulau”

FAKTA TENTANG THE MURAKA.

  1. Kos binaan melebih RM60 juta (USD15m). Diumumkan pembinaannya pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada tahun 2016.
  2. Kadar sewa melebihi RM200,000/malam (USD50k/night).
  3. Dibina pada kedalaman 16.4kaki (5meter) di bawah paras laut.
  4. Arkitek yang bertanggungjawab membina The Muraka ialah Ahmed Saleem.
  5. Untuk ke The Muraka, penyewa perlu terbang ke private seaplane jetty, dan akan dibawa menggunakan bot laju ke The Muraka.
  6. Suite The Muraka ini terletak berasingan daripada Vila Pantai Conrads dan Banglo Di Atas Air yang lain.
  7. Empat orang pelayan menetap berdekatan dengan suit ini dan bersedia memberi servis perkhidmatan kepada penghuni sepanjang hari (24jam!). Mereka akan menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada memasak sehinggalah kepada menyediakan servis jet ski dan juga oncall fitness trainer.
  8.  Struktur utama diperbuat daripada besi utuh tahan karat (stainless steel), konkrit dan akrilik. Satu di atas paras air dan satu lagi di bawah paras air.
  9. Tingkat atas mempunyai 2 bilik tidur, satu bilik air dilengkap tab air dengan pemandangan laut, dek yang mengadap sunset dan juga kolam infiniti.
  10. Penghuni boleh turun ke bilik bawah paras air menggunakan tangga spiral atau lif.
  11. Struktur utama seberat 600tan telah dibina di yard di Singapore dan dihantar ke lokasi sebenar menggunakan kapal dan kren khas.
Baca juga  Panduan Membeli Kereta Terpakai
Dek Utama di The Muraka

Persoalannya, jika anda adalah seorang Neelofa dan mempunyai duit selebat itu, adakah anda sanggup berbelanja sebanyak itu untuk satu pengalaman sehebat ini?

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/ohsempoi/public_html/wp-includes/functions.php on line 4673