Nintendo Labo – Toy-Con 3: Vehicle Kit

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Masa berubah, teknologi turut berubah mengikut perkembangan terkini. Begitu juga dengan teknologi permainan digital yang semakin hari, semakin sofistikated dan menarik.

Terbaru, Nintendo mengumumkan pengeluaran permainan terkini mereka; Nintendo Labo Toy-Con 03: Vehicle Kit . Permainan ini memerlukan pemain membina sendiri (DIY) pengemudi kenderaan mereka seperti kereta (stereng, pedal), kapal terbang (flight stick), kapal selam (pengawal kabin kapal) dan lain-lain lagi menggunakan kotak.

Seperti mengimbas kembali zaman kanak-kanak satu masa dahulu. Menariknya, pemain boleh menyambung rekaan daripada kotak-kotak ini ke skrin paparan, dan mula bermain, sama seperti permainan video lain!

Maksima pemain adalah 2 orang dalam satu masa. Apa lagi, bolehlah berlumba kereta sepuas-puasnya.

Nintendo Labo – Toy-Con 3: Vehicle Kit akan berada di pasaran bermula 14 September 2018.

Website: Nintendo.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Baca juga  Sanggup Bayar Denda RM2,000? Bolehlah Pasang Lampu HID Di Kereta Anda!

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini