•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Diinspirasikan daripada sebuah filem, dahulunya teknologi A.I yang dianggap mustahil kini telah wujud. Lebih menarik lagi apabila teknologi sebegini canggih telah mula dilatih untuk menjadi seorang psycopath.

Dengan paparan visual-visual yang ganas dan mengerikan yang diperolehi daripada laman sosial Reddit, teknologi A.I ini dilatih oleh sekumpulan penyelidik di Massachusetts Institute of Technology yang terletak di Amerika Syarikat,.

Penyelidikan A.I ini yang diberi nama “Norman”, difahamkan adalah hasil daripada inspirasi sebuah filem yang bertajuk Psycho yang telah ditayangkan pada tahun 1960.

juga dilatih untuk menghasilkan deskripsi tekstual dari sebuah gambar.

Untuk melihat perkembangan penyelidikan tersebut, kaedah ujian Rorschach telah dijalankan. Dimana  subjek berteknologi A.I tu diminta untuk menulis dan menyebutkan gambar-gambar dalam bentuk pena tinta (inkblot), kemudian ianya dianalisis dengan menggunakan interpretasi psikologi dan algoritma kompleks atau kedua-keduanya.

Hasil daripada penelitian ujian itu yang mana dalam masa yang sama Norman dibandingkan dengan A.I yang normal (standard), didapati Norman tidak memiliki empat logik yang pada dasarnya mengubah A.I menjadi psychopath.

Baca juga  Lego Terbang Ini Berupaya Mengawal Drone

Apa yang dilihat A.I normal (standard) – “Sekumpulan burung yang bertenggek di atas ranting pokok.”

Apa yang dilihat Norman– “Seorang lelaki terkena elektrik sehingga mati.”

Dengan tercipanya satu-satu A.I psychopath pertama di dunia ini, para pengkaji ini dapat memberi kesimpulan bahawa kaedah dan bahan yang digunakan sangat cenderung untuk mempengaruhi perilaku teknologi tinggi ini.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini