Selain Dragon Ball, Naruto ataupun Gundam, anime yang menjadi kegilaan ramai adalah One Punch Man. Anime yang mengisahkan seorang lelaki biasa yang akhirnya menjadi manusia terkuat di dunia dengan hanya melakukan rutin latihan harian biasa iaitu 100 push-up, 100 sit-up, 100 squat dan berlari 10km.
Kekuatannya yang menjangkau imaginasi logik akal manusia apabila setiap pihak lawan mampu dikalahkan hanya dengan satu tumbukan sahaja.
One Punch Man musim pertama mula ditontonkan secara kepada peminat anime pada Oktober tahun 2015 dengan bilangan 12 episod keseluruhannya. Dan kini setelah 3 tahun lebih ianya ditontonkan, nampaknya pihak Madhouse telah mengumumkan bahawa One Punch Man siri musim kedua bakal menemui peminat bermula April 2019 nanti.
Bersempena dengan musim terbaru yang akan ditayangkan kelak, One Punch Man telah hadir dengan trailer terbaru dimana ia kelihatan lebih menarik dengan musuh-musuh yang lebih kuat.
I like the comprehensive information you provide in your blog. The topic is kinda complex but I’d have to say you nailed it! Look into my page UQ5 for content about Airport Transfer.