Orang Jepun Bersihkan Sampah Di Muzdalifah Sewaktu Musim Haji..! Respek Habis Dengan Mereka Ni..!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Orang Jepun memang terkenal dengan sikap pembersih mereka. Kalau anda pernah mengembara ke negara Jepun, anda pasti dapat melihat betapa bersihnya kawasan persekitaran bandar mereka. Walaupun bandar tersebut bukan bandar utama dan agak pendalaman.

Kami pernah ke Kyushu 2 tahun yang lalu untuk mempromosikan trip pelancongan mesra Muslim di sana. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka sehinggalah ke Kumamoto, kawasan sekitarnya amatlah bersih dan indah sekali. Padahal Kyushu bukanlah bandar yang besar seperti bandar-bandar pelancongan yang lain.

Susah nak jumpa sampah yang dibuang merata-rata. Malah plastik coklat yang kami makan terpaksa kami simpan di dalam poket seluar sendiri dahulu sebelum dibuang kerana tidak kelihatan bakul sampah yang disediakan.

Sikap yang amat positif mereka ini memang sudah sebati dalam diri mereka. Ini dapat dilihat bukan hanya di negara mereka sahaja mereka bersikap demikian. Malah di negara lain yang mereka pergi, mereka turut membawa sikap ini sekali.

Baca juga  Mesej-mesej Begini Adalah Haram Hukumnya..! Viralkan..!

Sebelum ini kita pernah lihat mentaliti kelas pertama rakyat Jepun ini Di World Cup Russia 2018 di mana mereka cukup menjaga kebersihan stadium dan tempat penginapan mereka.

Kali ini viral lagi tentang sekelompok jamaah haji dari Jepun ini mengisi waktu menunggu bas yang akan membawa mereka dari Muzdalifah ke Mina dengan mengumpulkan sampah-sampah yang berceceran di Muzdalifah yang ditinggalkan jamaah haji lainnya.

Hebat sungguh mereka ini. Kami amat menyangjungi sikap mereak. Moga kita dapat belajar sesuatu daripada mereka ini. Kena semaikan sikap positif ini sejak dari awal. Istiqamah dan biarkan ia menjadi sebati dalam diri kita. InsyaAllah kita pun dapat menjadi seperti mereka

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini