Pelancong pertama bercuti ke angkasa mengelilingi bulan


Pernah tak anda memasang impian untuk bercuti mengelilingi bulan? Tak salah memasang cita-cita yang tinggi, mana tahu jika itu dapat mendorong kita berusaha lebih bagi mencapai impian tersebut. Ini yang diimpikan oleh seorang jutawan dari Jepun iaitu Yusaku Maezawa, 42 yang dari kecil mengimpikan untuk ke bulan.

Melalui akaun instagram beliau, Yusaku2020 mengatakan “you may say I’m a dreamer  but i’m not the only one” menggambar bahawa dia seorang yang bercita-cita tinggi dalam menggapai apa yang diimpikannya.

Baru-baru ini, syarikat SpaceX milik Elon Musk di Hawthorne, California mendedahkan penumpang pertamanya yang akan dibawa terbang ke angkasa mengelilingi bulan adalah Yusaku Maezawa. Dia dijangka menaiki roket Big Falcon (BFR), sebuah sistem pelancaran yang diperkenalkan oleh Musk pada tahun 2016.

Misi ini, yang buat masa sekarang dirancang untuk 2023, bakal menandakan lawatan pertama ke Bulan oleh manusia sejak Apollo 17 dari Nasa membuat pendaratan pada tahun 1972.

Syarikat itu berkata penerbangan ini merupakan ‘satu langkah penting ke arah membuka akses untuk setiap orang yang mempunyai impian melakukan perjalanan ke angkasa’.

Melalui akaun twitter Yusako Maezawa, dia akan menjemput enam hingga lapan artis dari seluruh dunia untuk menyertainya ketika berlepas ke angkasa dengan roket SpaceX pada 2023.

“Mereka akan diminta untuk mencipta sesuatu selepas kembali ke Bumi. Karya-karya ini akan memberi inspirasi kepada dalam diri kita semua yang mempunyai impian,” katanya kepada pemberita.

Selain Yusaku, terdapat beberapa individu lain yang menyatakan hasrat berminat untuk mengikuti perjalanan ini namun Yusaku akhirnya dipilih sebagai mereka yang bertuah. Walau bagaimanapun, SpaceX tidak menyatakan berapakah kos yang perlu di bayar oleh Yusaku dalam memenuhi impiannya ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini