Ini Dia Penerangan Terperinci Untuk Setiap Watak Hero Dalam Avengers: Infinity War

  •  
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seperti yang kita sedia maklum, Avengers: Infinity War boleh dikatakan antara filem terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Marvel Studios. Terlalu banyak babak-babak menarik lagi mendebarkan yang ditayangkan, tidak kurang juga babak end credit yang selalunya membuatkan penonton tertanya-tanya untuk mengetahui cerita seterusnya dalam siri filem keluaran mereka yang akan datang.

Bercerita tentang filem Avengers: Infinity War ini, pasti ada diantara anda yang masih keliru dengan peranan setiap watak yang ditonjolkan bukan?

Ini kerana setiap watak yang terdapat didalam filem ini adalah hero didalam dunia masing-masing sebelum berlakunya kekecohan yang dimulakan dengan oleh Loki (adik angkat kepada Thor).

Menjawab kepada persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh penonton, Russo Brothers iaitu selaku dua individu paling penting yang bertanggungjawab dalam mengarah filem-filem Captain America: Winter Soldier, Civil War dan Avengers: Infinity War, memberi penerangan secara detail berkenaan peranan setiap watak Avengers didalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dalam video yang berdurasi 20 minit.

Baca juga  10 Tips / Cara Memilih Durian Yang Baik

Secara jujurnya apa yang boleh dikongsikan disini terlebih dahulu, kedua-dua mereka turut bersetuju bahawa watak Iron Man adalah watak hero yang paling penting di dalam MCU, dimana mereka dalam masa yang sama turut memberi penerangan khusus bagaimanakah suatu hari nanti watak Black Panther boleh menggantikan Iron Man sebagai ketua diantara mereka semua.

Dengan maklumat awal yang mengatakan Black Panther ini “boleh” menjadi ketua, adakah ini menjadi petanda bahawa Iron Man bakal menemui ajalnya didalam sambungan filem Avengers 4 nanti? Sama-sama kita nantikan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini