Pengalaman Baru Serba Canggih Menonton Wayang Di Cinema Onyx GSC

Cinema Onyx GSC yang serba canggih

GSC Lancar Cinema LED Onyx

Teknology memang pantas berlari. Ia sebenarnya memberi keuntungan kepada sesiapa yang pantas berkejaran seiring dengannya. Individu ataupun syarikat yang mampu beriringan dengan teknologi akan mendapat kelebihan saingan (competitive advantage) berbanding dengan pesaing mereka di di dalam sesuatu industry.

Tidak ketinggalan di dalam industry Panggung Wayang (cinema). Kita dapat lihat perkembangan pantas cinema sejak dulu lagi. Daripada panggung wayang yang biasa, ia telah berevolusi kepada teknology digital, bunyi “surround”, kerusi (seats) yang mampu bergetar dan bergerak mengikut subjek di dalam filem (Cinema D-Box GSC) dan lain-lain. Yang terbaru skrin cinema dibawakan kepada penonton dalam bentuk LED.

Ya… LED skrin seperti anda lihat di kebanyakan telefon pintar terkini. Jika dibandingkan antara skrin LED dan skrin biasa telefon pintar, pasti anda akan dapati satu perbezaan yang jelas ketara tentang kualiti paparan gambar dan video yang terhasil daripada kedua-dua jenis skrin tersebut. Sudah pasti telefon pintar yang punya skrin LED akan mendahului pesaingnya dan menjadi pilihan pengguna.

Begitulah juga skrin LED di cinema Onyx GSC yang baru dilancarkan ini. Ia mula beroperasi sejak bulan lepas dan diperkenalkan kepada bloggers dan media pada 2 Julai 2018 yang lalu.

Kelebihan dan ciri-ciri Cinema LED Onyx GSC (Cinema Onyx)

Golden Screen Cinema (GSC), peneraju dalam dunia cinema Malaysia menjadi yang pertama dalam menyediakan perkhidmatan Skrin LED di Malaysia untuk kepuasan penggunanya. Ini sedikit sebanyak menampakkan kesungguhannya menarik pelanggan supaya terus menjadikan GSC pilihan utama.

Cinema Onyx GSC yang serba canggih

Malaysia adalah negara yang kedua di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi terbaru ini. Malaysia adalah antara 10 negara pertama yang ada skrin bermutu tinggi ni. Cinema LED Onyx kini terdapat di Switzerland, Austria, China, Korea Selatan, Hong Kong, Thailand, Mexico, dan Amerika Syarikat. Setakat ini hanya GSC Mid Valley Megamall sahaja yang ada Onyx iaitu di Hall 11.

Apakah Cinema Onyx

Cinema Onyx adalah cinema yang menggunakan skrin LED inovasi daripada Samsung Eletronik untuk pengalaman tontonan yang lebih mengujakan. Mempunyai saiz skrin 33.8 kaki (10.24 meter) lebar dan 16.4 kaki (5.4 meter) tinggi, Cinema Onyx ialah Digital Cinema Initiatives (DCI)-compliant High Dynamic Range (HDR) dengan paparan teater yang pertama di dunia.

Skrin ini mampu mencapai tahap kecerahan ‘146fL (foot-lambert) sekaligus membolehkan ia menangkap warna putih yang paling putih dan warna hitam yang paling hitam dengan nisbah kontras yang hampir tidak terbatas.

Kemampuan Onyx ini dapat meningkatkan persembahan yang lebih terperinci serta imej yang lebih tajam, dan dalam waktu yang sama ia mengimbangi ketepatan warna secara optimum untuk pelbagai warna walaupun pada kecerahan paling tinggi atau mendekati paras tertinggi. Keseragaman kandungan memberikan penonton pengalaman visual yang sangat terperinci yang mungkin hilang atau tersembunyi di skrin teater yang biasa (standard).

Ia mampu dimainkan dengan kandungan resolusi ultra-sharp 4K (4096 x 2160 pixels) Next Generation Immersive Sound dengan memanfaatkan teknology HARMAN Professional’s JBL Sculpted Surround. Cinema Onyx dikuasakan oleh 23 speaker di segenap sudut auditorium (hall).

Hall 11 GSC Mid Valley Megamall yang dikhaskan untuk Cinema Onyx ni cukup besar dengan seats yang diatur dengan kecuraman yang sesuai untuk mengelakkan penonton belakang terutama yang bersaiz kecil terhalang dek kepala orang yang duduk di seat hadapannya.

kecerunan aturan kerusinya sesuai untuk semua peringkat umur

Warna hijau yang dikenakan pada seats mendamaikan pandangan dan nampak lebih eksklusif. Kusyen yang digunakan pada seats lembut dan cukup selesa persis sofa mahal di rumah. Anda akan merasai keselesaannya sebaik sahaja melabuhkan punggung ke kerusi empuk ini.

sofa yang empuk mampu merehatkan badan dan minda penonton

Cinema Onyx GSC ini hanya menayangkan filem Box Office sahaja. Sekarang ia sedang menayangkan filem Ant Man and The Wasp.

Harga tiket Cinema Onyx GSC

Harganya tidaklah mahal berbanding dengan kualiti yang ditawarkan kepada penonton. Hanya tambah RM1.50 sahaja daripada harga tiket biasa (standard) untuk mendapat kepuasan tontonan yang memukau. Contohnya, jika harga tiket biasa adalah RM18.00, penonton hanya perlu membayar RM19.50 sahaja untuk mengecapi pengalaman terbaik menonton filem pilihan anda.

Namun harga tambahan RM1.5o tersebut hanyalah harga pengenalan/promosi dan ada had masa tertentu yang ditawarkan. Harga selepas had masa promosi belum diumumkan oleh pihak GSC. Untuk yang ingin merasai pengalaman baru menonton wayang, bolehlah merebut peluang waktu promosi ini untuk mencuba.

Selamat menonton.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini