Hari ini, kiri kanan belakang depan kawan-kawan bercerita tentang durian. Musim durian tengah rancak. Tidak dinafikan, raja buah ini sememangnya diminati ramai. Bukan sekadar raja buah biasa-biasa, ada juga kelebihan makan durian yang peminat tegarnya pun tidak tahu.
Durian ini bila dinikmati di ruang dapur rumah atau gerai tepi jalan, baunya sangat menyelerakan. Tetapi jika diletakkan di dalam kereta atau bonet kereta untuk perjalanan yang jauh, tidak ramai mampu bertahan dengan baunya. Baunya sangat memeningkan kepala. Jadi, macam mana nak balik kampung dan bawa balik durian yang lebih lebih fresh untuk di bawa balik ke bandar? Silap-silap boleh melekat bau durian di dalam kereta untuk tempoh masa yang panjang.
Sebenarnya ada petua dan cara untuk hilangkan bau durian di dalam kereta.
Petua Hilangkan Bau Durian Di Dalam Kereta.
1# Letak Arang Di Dalam Bonet.
Ini petua orang lama yang sangat berkesan. Sediakan arang kayu tradisioanl di dalam kotak kecil, letakkan bersama durian di dalam bonet. Pasti bau durian dapat dikurangkan sepanjang perjalanan.
2# Pack Durian Kemas-kemas, Letak Daun Pandan.
Ada yang beri cadangan untuk membalut setiap biji durian kemas-kemas, kemudian letakkan daun pandan bersama. Untuk membalut 2,3 biji durian OK lagi kan. Tetapi untuk kuantiti yang banyak, agak memenatkan.
3# Biji Kopi.
Pernah kan ditahan promoter perfume untuk mencuba beberapa perfume yang mereka jual. Mereka sediakan sebekas biji kopi untuk meneutralkan bau setiap perfume yang kita hidu. Biji kopi mempunyai sifat meneutralkan atau membuang bau.
4# Buka Tingkap Kereta
Buka tingkap sepanjang perjalanan untuk memberi laluan angin segar mengambil alih bau durian. Tetapi kami kira cara hilangkan bau durian di dalam kereta ini tidaklah efisien. Terutama dengan suhu di Malaysia. Pasti berpeluh ketiak mereka yang berada di dalam kereta sementara menunggu lampu isyarat daripada merah bertukar ke hijau.
5# Letak Pokok Kapal Terbang Dalam Bonet.
Pernah tengok pokok kapal terbang? Pokok ini spesis sukar di dapat di bandar-bandar besar tetapi banyak terdapat di kampung-kampung. Ambil serumpun pokok kapalterbang dan letakkan di dalam bonet kereta dan dibawah alas kaki tempat duduk dan biarkan beberapa hari sehinga semua bau durian diserap dan menghilang.
6# Roti Buang Bau
Cara ini kami kira sebagai satu pembaziran. Roti bersifat menyerap bau. Jadi, sekiranya kereta masih berbau durian, bolehlah cuba letakkan beberapa keping roti di dalam kereta untuk beberapa hari. Apa jadi dengan roti itu? Semestinya tidak akan menjadi ‘roti perisa durian’!
7#Tangkai Durian
Ini cara yang sudah diakui ramai. Tangkai durian dibelah pada hujungnya dan diletakkan di celah ‘kekipas’ penghawa dingin kereta. Idea ini dikongsi oleh penjual durian dan pernah viral di media sosial. Ramai yang mengakui kemujaraban petua ini! Cubalah!