Penting! Ajar Anak Anda Untuk Ingat Nombor-Nombor Ini


Bila dah berkahwin, ada anak-anak, memang menggembirakan kita sebagai ibu bapa apabila mereka sedikit demi sedikit dapat memahami apa yang kita ajar. Diajar bercakap, diajar menulis, diajar berjalan tak kurang juga lebih advance, anak-anak diajar bermain dengan gadget-gadget yang serba moden.

Namun disebalik kemodenan yang disediakan itu, kadang kala kebanyakan ibu bapa terlepas pandang untuk mengajar anak-anak salah satu satu perkara yang penting dalam kehidupan, iaitu panggilan kecemasan.

Bukan menuding jari kepada mana-mana pihak, akan tetapi sebenarnya ia adalah lebih kepada kesedaran ibu bapa sendiri dalam isu kepentingan berjaga-jaga. Tiada orang didunia ini yang menginginkan musibah berlaku ke atas diri mereka, tetapi siapa lah kita untuk menidakkan benda-benda tersebut daripada berlaku.

Bagi membantu meningkat kesedaran dikalangan kita semua, terpanggil kami di OHSEMPOI untuk berkongsi rakaman audio dimana seorang budak kecil yang difahamkan berusia 3 tahun, membuat panggilan kecemasan apabila ibunya yang sedang sarat mengandung jatuh pengsan di tangga.

https://www.facebook.com/1606305334/posts/10215452117768556/

Refresh jika video tidak kelihatan.

Sekecil-kecil kecelakaan boleh mengundang kepada kematian terutamanya apabila melibatkan seorang ibu yang sedang sarat mengandung. Namun, dengan satu panggilan telefon daripada seorang anak kecil telah menyelamatkan nyawa ibunya.

Pesanan ringkas daripada kami, disamping mengajar anak-anak anda untuk menggunakan gadget, ajarilah anak-anak juga anda untuk mengingati nombor-nombor telefon yang penting seperti nombor 999. Ataupun sekiranya mereka berkemampuan, ajarilah juga mereka untuk mengingati nombor-nombor telefon ahli keluarga yang terdekat.

Note: Malang tak berbau. Prevention is better than cure.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini