•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jika sebelum ini TM cukup sinonim dengan dominasi arena jalur lebar. Tetapi kini nampaknya mereka mungkin akan mempunyai saingan besar dalam masa yang terdekat. Ini kerana seperti yang ramai sedia maklum, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah pun memulakan ujian rintis di negeri Melaka, sekaligus memberi petunjuk awal mereka akan melangkah masuk ke industri ini.

Walaupun buat masa sekarang pihak TNB masih belum mengeluarkan atau berkongsi sebarang kenyataan rasmi, namun info mengatakan pihak TNB akan berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka untuk menawarkan perkhidmatan jalur-lebar ini pada Januari 2019 kelak.

Untuk makluman, pihak TNB mempunyai liputan jaringan fiber optik sedia ada sepanjang 12,000 kilometer di Semenanjung Malaysia, dimana pada masa sekarang ianya hanya digunakan sekadar untuk memantau jaringan elektrik mereka. Dan memandangkan penggunaannya adalah masih di tahap minimal, maka pihak TNB melihat ia sebagai peluang untuk meraih pendapatan tambahan melalui penawaran akses jalur-lebar mereka kepada pengguna lain.

Baca juga  Kisah Nabi : Aidiladha mengimbau pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

Melalui ujian yang pernah dijalankan sebelum ini, pihak TNB pernah berkongsikan keputusan ujian kelajuan muat-turun perkhidmatan jalur-lebar mereka yang mampu mencapai kelajuan 935Mbps dengan mudah.

Dan menerusinya, pihak Tenaga Nasional dijangka akan menawarkan kemudahan infrastruktur, sekaligus membuka peluang kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain untuk turut menggunakan rangkaian mereka dan dalam masa yang sama menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna.

Tinggal berapa hari lagi untuk kita melangkah masuk ke bulan Januari 2019, diharap pihak Tenaga Nasional menyediakan berita gembira buat semua.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini