Adakah anda peminat cerita bertemakan superhero? Jika ya, pasti anda sedar akan perubahan pakaian atau costum superhero yang dipakai dalam setiap siri movie yang dikeluarkan.
Mari kita lihat 6 costum watak superhero berikut pada awal kemunculannya sehingga terkini dan bandingkan perbezaannya.
1. Superman – Merupakan watak superhero yang digambar memiliki kekuasaan luar biasa seperti boleh terbang, sangat pantas, kebal, kekuatan luar biasa dan mempunyai kuasa mata.


2. Batman – Tidak seperti superhero yang lain, batman mempunyai kekuatan yang diperoleh melalui kemahirannya yang menakjubkan dan kecanggihan peralatan dan kenderaan yang digunakannya.


3. Hulk – Superhero ini muncul dikala emosinya terganggu dan menjadi raksasa hijau yang besar dan sangat kuat. Kadangkala ia tidak dapat mengawal dirinya sendiri kerana dikuasi oleh emosi.


4. Spiderman – Merupakan manusia biasa yang mempunyai kuasa disebabkan oleh sengatan labah-labah yang diuji. Kekuasaannya adalah boleh melekat pada permukaaan, mengeluarkan sarang labah-labah dari tangan, pantas dan sangat kuat.


5. Captain America – Merupakan tentera Amerika yang tidak mempunyai kekuatan. Namun begitu, dengan serum khas yang diberikan kepadanya maka dia mempunyai kekuatan seperti lincah, kuat, stamina yang luar biasa serta mempunyai shield yang sangat hebat sebagai senjata.


6. Thor – Digambarkan sebagai seorang anak dewa yang hebat bertarung serta mempunyai tukul yang mempunyai kekuatan luar biasa.


Semakin hari bukan hanya costum semakin ohsem dan sempoi malah kuasa superhero mereka juga semakin bertambah. Yang mana satu anda rasa paling ketara perubahannya?