14 Petua Hilangkan Batuk Tanpa Perlu Ambil Ubat Hospital


Ini adalah petua tradisional untuk menghilangkan batuk. Seeloknya kita amalkan petua ini dahulu sebelum mengambil ubat daripada klinik maupun hospital. Ini adalah kerana ubat-ubatan moden mengandungi bahan kimia.

Namun jika sakit berlarutan jangan dibiarkan. Kami nasihatkan anda supaya pergi berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat pakar. Batuk yang berlarutan untuk jangkamasa yang lama dikhuatiri bukan batuk biasa. Mungkin ia berkait rapat dengan penyakit yang lebih serius. Jadi jangan ambil mudah tentang perkara ini.

Ini adalah 14 petua untuk hilangkan batuk:

1. Madu Asli

berikan anak anda satu sudu kecil madu asli. Pastikan anda gunakan sudu plastik. Sudu besi dikatakan boleh menghilangkan zat dan khasiat madu tersebut. Jika madu tersebut terlalu pekat, cairkan ia dengan mencanpurkan setitik air suam

2. Bawang Putih

bakar bawang putih seketika. Kemudian campurkan bawang putih yang telah dibakar tadi dengan sedikit lada hitam dan minya masak. Kemudian sapukan pada dada anak anda yang sedang bergelut dengan batuk

3. Halia Tumbuk

Tumbukkan sedikit halia sehingga lumat. kemudian campurkan bahan tersebut dengan madu dan perahan limau nipis. Minum satu sudu mengikut kesesuaian

4. Kunyit Hidup

Gosokkan kunyit hidup pada permukaan yang kasar untuk mendapatkan serbuknya. campurkan serbuk kunyit ini dengan minyak masak. gaulkan sehingga sebati. Adunan ini boleh disapukan kepada dada anak yang sedang menghidap abtuk.

Jika sukar mendapat kunyit hidup, anda mungkin boleh menggunakan serbuk kunyit yang anda gunakan sebagai bahan masakan tu.

5. Daun Kaduk

Daun kaduk basanya digunakan untuk masakan. Namun ia juga boleh dijadikan penawar kepada batuk. Caranya ialah ramas daun kaduk ini bersama kapur sirih. Hasil ramasan hendaklah disapukan pada dada dan perut anak yang sedang mengalami batuk.

6. Pucuk Ubi

Sama seperti daun kaduk tadi. Pucuk ubi kayu ini hendaklah diramas bersama kapur sirih. Air hasil ramasan disapukan keoada leher dan dada anak yang batuk

7. Gula Melaka

Yang ini sangat ringkas. Hancurkan gunakan melaka menjadi ketulan kecil sebesar saiz gula-gula. Berikan kepada anak untuk dimakan sesuai dengan keperluannya.

8. kismis

Sebelum ini kita banyak mendengar amalan memakan kismis boleh mencerdaskan otak.

Kismis juga boleh mengurangkan batuk. Bagi anak kecil anda makan kismis sebanyak 21 biji setaip hari sehingga batuk berkurangan

9. Limau Nipis

Campurkan perahan air limau niis dengan madu asli. Kemudian capurkan pula adunan ini ke dalam air suam untuk di amalakan minum setaip pagi sehingga batuk hilang

10. Halia

Jika tadi halia ditumbuk halus, kali ini halia hendaklah dipoyong niis-nipis. Masukkan hirisan halia ini ke dalam satu bekas yang berisi madu asli. Ambil sesudu madu daripada bekas ini untuk dicampurkan kedalam segelas air suam untuk diminum setaip pagi. Pastikan guna sudu plastik ya.

11. Kicap

Perahkan air limau nipis ke dalam sebekas kicap. campurkan juga dengan madu asli. Campuran ini hendaklah diminum 3 kali sehari sehingga batuk hilang.

12. Daun Pudina

Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu selama kira-kira 5 minit. Minum air rebusan ini sekerap mungkin sehingga batuk tiada

13. Bawang Putih bakar

Jika tadi bawang dicapurkan dengan bahan lain, kali ini bawang putih hendaklah dimakan begitu sahaj. Sebeum tu bawang putih hendaklah dibakar terlebih dahulu. Makan bawang putih yang teah dibakar dan dikupas kulitnya ini sebanyak 2 ulas pada setiap malam. Amalkan sehingga batuk reda

14. Daun Bunga Tahi Ayam

Ambil segenggam daun bunga tahi ayam ni dan ramaskan ia bersama kapur sirih sehingga berlendir. Sapukan bahan berlendir tersebut di leher dn di dada

Semoga petua yang dikongsi dapat menyembuhkan batuk anda ataupun anak anda dengan segera. Jika berlarutan, elok juga dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini