Petua Jaga Kesihatan Mata Dengan Solat


Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Setiap sesuatu yang disyariatkan pasti ada kebaikan di sebaliknya. Apatah lagi suruhan tersebut adalah suruhan yang wajib. Cuma kita saja yang mungkin tidak nampak ekoran dari kekotoran hati yang terkumpul sedikit demi sedikit lalu mengaburkan NUR dalam hati.

Solat memang terbukti dapat mengubati penyakit jiwa. Ia juga dapat mencegah pelakunya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam. Selain itu juga, gerakan dalam solat telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu kesihatan tubuh badan.

Solat juga dapat menjaga mata kita. Sebenarnya ada cara senaman mata di dalam solat. Membuka mata ketika solat lebih afdhal berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w mengarahkannya agar membunuh 2 binatang hitam walaupun semasa sedang solat, iaitu ular dan kala jengking” (HR At-Tirmidzi).

Daripada hadith ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa lebih afdhal membuka mata ketika solat. Ini untuk menjaga diri kita daripada bahaya yang tidak disangka-sangka seperti digigit binatang bisa tanpa sedar jika kita menutup mata semasa solat.

Walaubagaimanapun ulama’ berpendapat harus memejam mata sewaktu solat jika ia dapat menghadirkan perasaan khusyuk ketika solat.

Petua jaga mata dengan solat

Ada senaman khas untuk mata di dalam solat. Senaman ini boleh menguatkan mata kita yang lemah. Ia juga menjadi langkah pencegahan supaya mata kita tidak cepat rosak seperti kabur dan sebagainya.

Sebenarnya antara otot yang paling kuat berkerja adalah otot mata. Setiap hari apabila kita bangun daripada tidur, otot matalah yang pertama sekali berkerja untuk kita. Lama kelamaan, otot ini akan penat. Lama-kelamaan juga jika tidak dijaga mata akan menjadi lemah.

Sebab tu kalau kita tidur kita akan rasa lega. Baik lega daripada kesakitan mata ataupun daripada sakit kepala. Sebabnya saraf mata ni bersambung dengan saraf-saraf di bahagian kepala.

Jadi untuk kekalkan kesihatan dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam melakukan solat. Fokuskan pandangan mata pada satu tempat sahaja semasa solat, iaitu di tempat kita letakan dahi semasa sujud. Jangan alihkan pandangan.

Kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga.

Bila kita fokus pada titik tengah tu masa kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tersebut akan relax. Bila kita sujud pula, otot mata menguncup disebabkan jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu dekat. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax semula.

Solat dengan cara yang betul ini akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Senaman ini pula kita ulang-ulang untuk praktikkannya sebanyak 17 kali atau lebih mengikut kerajinan kita melakukan solat termasuk solat sunat.

Selain itu juga membuka mata dengan memfokuskan pada satu tempat sahaja juga akan menjadikan kita lebih khusyuk kerana otak kita tidak memproses banyak data yang terhasil dengan melihat pelbagai benda yang berlainan.

Jadi itulah senaman mata dalam solat. Ia juga petua untuk jaga mata yang paling ampuh sekali tanpa menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia.

SubhanAllah untuk hikmah disebalik membuka mata masa solat ni. Perkara ni selayaknya dibaca dan dikongsi pada semua rakan. Sila share jika rasa ianya memberi manfaat kepada ramai orang.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini