Hati Anda 20 Tahun Lebih Muda Dengan Meminum Jus Buah Istimewa Ini


Sebelum ini kami ada kongsikan tentang petua tradisional menggunakan buah Asam Jawa untuk kecantikan. Yang pasti kita kekal cantik dengan hanya menggunakan bahan asli tanpa bimbang tercemar dengan bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada kulit.

Untuk artikel kali ini kami masih lagi mencari rahsia buah Asam Jawa. Kali ini kami akan dedahkan pula bagaimana dengan mengamalkan meminum Jus Asam Jawa, ia dapat memelihara hati kita dengan baik membuatkannya seperti 20 tahun lebih muda daripada sekarang.

Asam Jawa sebenarnya sangat bagus untuk membantu menghilangkan lemak yang terkandung dalam hati dan ia mampu merawat hampir kesemua masalah ataupun penyakit yang berkait dengan hati. Buah ini berupaya melakukan proses detox untuk badan anda dan sekaligus melancarkan sistem pencernaan badan.

Ini sekaligus membantu menjaga hati, merendahkan kolestrol, menyembuhkan apa jua masalah yang berkaitan dengan hempedu, dan meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Cara menyediakan Jus Asam Jawa

Bahan-bahannya:

1. 2 genggam buah Asam Jawa yang telah dikupas kulitnya.
2. 1 liter air minuman
3. Madu
4. Brown Sugar

Cara penyediaan Jus Asam Jawa:

* ambil dua genggam buah Asam Jawa yang telah dikupas kulitnya tadi dan masukkan ke dalam periuk.
* campurkan 1 liter air dan rebus selama 15-20 minit.
* Selepas cukup masa rebusannya, biarkan ia sejuk dengan sendirinya
* campurkan madu dan brown sugar mengikut pilihan anda.

Jus ini seeloknya diminum 2 kali sehari. Sekali di waktu pagi dan sekali lagi di waktu petang ataupun malam. InsyaAllah dengan amalan ini ia akan mengubati penyakit yang bersangkut paut dengan hati dan akan meningkatkan tahap kesihatan kita secara keseluruhan. Rasanya pun sedap..!

Bersama kita jalani hidup yang sihat dengan amalkan makanan berkhasiat..! Selamat mencuba…!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini