Sejak berlakunya penularan wabak Coronavirus atau COVID19 yang kini merebak ke seluruh dunia, beberapa Peralatan Perlindungan Diri (PPE) menjadi carian hangat di pasaran. Antaranya, topeng muka (facemask), face shield dan sarung tangan. Tetapi berapa ramai tahu spesifikasi dan cara menggunakannya dengan betul, terutamanya face mask?

“Face mask” atau topeng muka digunakan untuk melindungi diri daripada kuman, titisan air, virus dan lain-lain dari persekitaran. Terdapat pelbagai jenis mask atau topeng muka di pasaran dan farmasi.

Topeng muka yang berwarna biru adalah yang biasa di pasaran, manakala yang berwarna kelabu/grey berkemungkinan mempunyai fungsi “activated carbon filter.” Fungsi filter ini adalah untuk mengurangkan bau atau habuk.

Namun, bukan semua topeng warna grey/kelabu mempunyai fungsi ini. Untuk penggunaan tepat, sila rujuk label topeng anda semasa pembelian.

Bagi virus COVID-19 yang melanda dunia sekarang, topeng muka yang ideal bagi mencegah virus ini adalah topeng muka jenis 3ply yang juga digunakan untuk pembedahan dan ia merupakan topeng muka jenis pakai buang.

Selain itu, topeng N95 juga boleh digunakan dan ia boleh digunakan secara berulang.

Seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Seto Wing Hong ada berkongsi cara yang betul untuk memakai ‘face mask’ untuk hindari diri daripada virus yang boleh membawa maut.

Ini langkah-langkah yang telah dikongsikan doktor tersebut;

Baca juga  Stress dan depress adalah berbeza. Apakah perbezaannya?

1. Anda mestilah mempunyai face mask yang betul.

“Ia berwarna biru di luar kerana ia kalis air. Dan ia mempunyai bahagian berwarna putih yang menyerap. Jadi jika saya batuk, ia akan menyerap.”

2. Kemudian, anda perlu memakainya bahagian yang berwarna biru di hadapan dan bahagian berwarna putih berada di dalam (menghadap mulut).

3. Pastikan ‘strip’ di bahagian paling atas menutup bahagian hidung dan menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu. Ini adalah bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang menggunakannya.

4. Membuang face mask yang telah dipakai juga adalah sangat penting.

“Bila anda memakai topeng, anda harus ingat ia adalah kotor. Jadi bila anda ingin mengalihkan atau membuangnya, jangan sentuh topeng tersebut”

Beliau juga mengingatkan penonton agar membasuh tangan selepas membuang face mask yang telah dipakai.

Bagi anda yang masih mengalami masalah untuk mengikuti cara pemakaian face mask yang betul, di bawah ini juga ada disediakan langkah-langkah yang telah disediakan oleh laman Facebook Public Health Malaysia.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini