Sekiranya anda memerlukan telefon pintar flagship, mungkin anda perlu memasukkan Pocophone F1 ke dalam senarai beli anda iaitu satu lagi model telefon pintar dibawah jenama terkenal, Xiaomi.
Sejak diumumkan secara rasmi bahawa harga jualannya yang “mampu milik”, ramai yang sudah mula gatal tangan untuk memilikinya walaupun desas-desus mengatakan ia hanya bakal memasuki pasaran Malaysia seawal 30 Ogos ini.
Melihat daripada segi spesifikasi yang ditawarkan, Pocophone F1 ini dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 dan ia turut disertakan RAM 6GB dengan sokongan GPU Adreno 630.
Tanpa meminggirkan permintaan pasaran yang semakin dahagakan teknologi terkini, telefon pintar ini turut menyertakan skrin bertakuk yang dilengkapi teknologi pengimbas wajah infra-merah (untuk nyah-kunci berasaskan wajah).
Dan tidak kurang juga Pocophone F1 turut menekankan kemampuan kamera, dimana model ini dilengkapi dengan dwi-kamera 12-megapixel f/1.9 dan 5-megapixel f/2.0 dibahagian belakang. Manakala untuk kamera hadapan pula ia hadir dengan lensa 20-megapixel f/2.0.
Difahamkan model Pocophone F1 ini juga turut menyokong teknologi Quick Charge 3.0 dimana melalui teknologi ini anda mampu mengecas bateri 4,000 mAh dengan lebih pantas.
Secara rasminya Pocophone F1 bakal menemui anda dengan 2 pilihan storan iaitu: pilihan pertama RAM 6GB berserta storan 64GB yang bakal dijual pada harga sekitar RM1,237, manakala pilihan kedua iaitu model RAM 6GB beserta storan 128GB pula bakal dijual pada harga RM1,428.
Jadi, apa pendapat anda? Yay or Nay?