Vivo S1, telefon pintar pertama S-series dengan tagline “Unlock Your Style” mula dibuka untuk pra-belian bermula 20 Julai sehingga 26 Julai ini. Model ini akan dilancar secara rasmi pada 24 Julai dan dijual dengan harga RM1,099 pada 27 Julai di semua stor konsep Vivo dan pengedar berdaftar di seluruh negara.

Mereka yang berminat untuk memiliki Vivo S1 hanya perlu membayar RM50 dan mendapat RM100 rebat segera untuk pra-belian di semua Vivo stor. Pembeli awal akan mendapat hadiah eksklusif iaitu Vshare K1-Bluetooth Speaker bernilai RM99.

Bagi pembelian atas talian, pembelian pra-belian Vivo S1 boleh dibuat di Lazada, Shopee, Presto Mall dan vivo store. Pembelian atas talian juga berpeluang menikmati hadiah eksklusif misteri bernilain RM150.

Vivo S1 Tepati Keperluan Dan Citarasa Anak Muda

Vivo S1 direka khas untuk menepati keperluan dan citarasa pengguna muda yang lebih bertenaga, bergaya dan sentiasa mengikuti perkembangan gaya hidup terkini. Spesifikasi Vivo S1 mempunyai ciri-ciri hebat seperti Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Paparan, 32 MP AI Selfie Camera, Kapasiti bateri lebih besar 4500mAh dengan kuasa pengecasan lebih pantas, AI Triple Rear Camera serta reka bentuk yang lebih bercitarasa dengan pilihan warna Diamond Black dan Skyline Blue.

Sejak Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Paparan diperkenalkan, Vivo akan memberi pengalaman menakjubkan kepada pengguna yang ingin menikmati cara buka kata kunci peranti yang lebih baik. Dengan hanya satu sentuhan di paparan S1, skrin peranti akan dibuka dalam tempoh singkat. Beberapa kesan animasi semasa membuka kata kunci S1 juga disediakan untuk memberi lebih keseronokan kepada pengguna.

Baca juga  Lexar Perkenal Flash Drive Dengan Fungsi Pengesahan Cap jari

Kualiti Kamera Depan 32MP Vivo S1 mendahului jenama lain dalam industri ini. Resolusi Ultra HD membolehkan pengguna merakam gambar selfie dengan lebih cerah dan lebih tajam.

S1 juga mempunyai mod selfie lain seperti AI Face Beauty, Selfie Frontlight, AR Sticker, AI Filter dan lain-lain. Mod tambahan ini pasti memberi lebih keseronokan dan hasil selfie yang lebih hebat.

Selain daripada kehebatan 32 MP AI Selfie Camera, Vivo S1 juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500mAh dengan teknologi pengecasan yang lebih pantas dua kali ganda. Pengguna dah boleh lupakan powerbank dan lebih fokus dalam menikmati kehebatan Vivo S1.

Pengguna juga akan menikmati kualiti rakaman gambar dengan lebih jelas dengan Vivo S1. AI Portrait Framing membantu anda dalam merakam gambar dengan komposisi yang lebih baik. AI Super Wide-Angle juga membantu “meluaskan” lagi sudut pandangan sehingga 120°. Jadi, anda boleh merakam gambar landskap yang lebih luas, lebih ramai kawan-kawan berada dalam ruang gambar dan semestinya gambar anda lebih cantik!

Lebih menarik lagi, setiap kali anda ingin merakam gambar secara berkumpulan, secara automatik, Vivo S1 tukarkan kepada setting kamera ke mod Super Wide-Angle untuk memuatkan lebih ramai orang yang tersayang di dalam gambar itu!

Vivo S1 akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Julai 2019 di Malaysia.

Untuk lebih info, boleh layari website Vivo Malaysia’s https://www.vivo.com/my and Facebook page https://www.facebook.com/VivoMalaysia.

Vivo Store : http://bit.ly/BuyVivoOnline

Lazada : http://bit.ly/2FiMlzz

Shopee : http://bit.ly/vivoshopeepost

Presto Mall : http://bit.ly/vivoprestomall

 #vivoMalaysia #SomethingGreatisComingSoon #S1 #UnlockYourStyle#vivoS1InDisplayFingerprintScanning

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini