Berita baik untuk anda..! Untuk yang bercadang untuk membeli kereta keluaran Proton yang terbaru iaitu SUV Proton X70, anda tidak perlu lagi ke bilik pameran Proton. Ianya boleh ditempah secara online melalui laman web korporat Proton: https://www.proton.com

Platform yang baru sahaja dilancarkan pada jam 10 pagi tadi merupakan yang pertama menyediakan kemudahan tempahan kereta secara dalam talian. Syabas Proton..! Ini bermakna individu yang berminat boleh membuat tempahan di mana sahaja mereka berada dengan menggunakan peranti dengan kemudahan internet.

Proton X70 ini dijangka akan menerima banyak tempahan berikutan designnya yang cantik dan sporty serta dilengkapi dengan ciri-ciri moden dan terkini. Aplikasi-aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi dan ramalan cuaca serta perisian pengecaman suara akan dapat berfungsi dengan baik dengan penggunaan kad eSIM ataupun sambungan wifi. Canggih bukan..?

Pelanggan yang ingin menempah SUV perlu untuk memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka. Selepas bayaran tempahan dilakukan, juga secara dalam talian, resit yang dihasilkan oleh sistem akan dihantar kepada e-mel pelanggan.

Baca juga  21 Hal Perlu Diambil Perhatian Bila masuk tahun 2020

Bagi tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan Proton, bayaran penuh akan dikembalikan sekiranya pelanggan mengubah fikiran mereka.

Maklumat lengkap mengenai Proton X70 termasuk spesifikasi untuk setiap varian model serta pilihan variasi dan warna akan dimuatkan ke dalam laman web korporat Proton. Ini akan membantu pelanggan menyemak spesifikasi dan memilih warna kegemaran mereka sama seperti mereka melawat bilik pameran yang sebenar.

Sehubungan dengan ini juga Proton akan mengadakan jualan kilat atau flash sale dari 17-19 Oktober ini untuk mempromosikan penggunaan platform terbarunya ini.Dalam tempoh promosi selama tiga hari tersebut, pelanggan yang menempah Proton X70 melalui dalam talian hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM99.

Jom tempah Proton X70…!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini