•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pusat peranginan terkenal di Filipina, pulau Boracay kini dibuka semula kepada pelancong bermula hari ini (26 Oktober 2018) selepas ditutup selama 6 bulan untuk proses membaikpulih segala kerosakan yang berlaku akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal.

Pulau yang pernah menggamit pelancong dari seluruh dunia itu kini dibuka dengan peraturan baru yang lebih ketat selepas menjalani pemulihan yang menelan kos sehingga 1 billion peso.

Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.

Hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan telah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.

Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pada April lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’.

Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.

Baca juga  Had Muat Turun Lagu Di Spotify Ditingkatkan Sehingga 10,000 Lagu

Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia kerana memiliki pasir putih dan air yang jernih. Antara tarikan yang ada di sana adalah seni ukiran pasir.

Minggu lalu, setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat, berkata beliau berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’ di Filipina.

Oh Sempoi berharap agar usaha memelihara pantai dan pulau seperti ini turut dicontohi negara kita agar kecantikan pulau kita sentiasa terpelihara.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini