•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nasi ayam goreng kunyit. Menu yang simple tapi menjadi kesukaan ramai. Tak kira usia, semua orang gemarkannya. Walaupun menunya simple tapi bila cuba masak sendiri di rumah, mesti tak jadi sama macam yang dijual di kedai.

Terfikir juga apakah resepi rahsia untuk memasak ayam goreng kunyit. Kali ni Ohsempoi nak berkongsi resepi ayam goreng kunyit yang biasanya digunakan oleh penjual makanan ini di luar sana.

Resepi Ayam Goreng Kunyit Kedai Makan

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 600 gram dada ayam (dipotong dadu)
  • 15 gram tepung jagung
  • 10 gram tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Satu kiub ayam 
  • Sedikit air 
  • Sedikit garam

Perap dada ayam menggunakan bahan-bahan di atas sebelum goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan ayam tenggelam sepenuhnya di dalam minyak ketika menggoreng. Setelah ayam masak, masukkan bawang, lobak merah dan kacang panjang dan goreng seketika. Kemudian angkat dan tos kan.

Baca juga  VENOM Muncul Dengan Trailer Terbaru Yang Lebih Mendebarkan

Makan nasi ayam kunyit tak lengkap jika tak disertakan sekali dengan sambal khas nya. Cara membuat sambal ayam kunyit adalah seperti berikut. Bahan-bahan untuk membuat sambal ayam kunyit adalah :

  • 5 biji cili merah
  • 6-10 biji cili padi merah 
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula
  • Sebelah tomato yang dipotong dadu dan boleh juga ditumbuk sekali.

Bahan-bahan ini dikisar atau ditumbuk halus dan kemudian masak seketika di atas api dengan mencampurkan sedikit minyak goreng ayam tadi.

Dah siap menu ayam goreng kunyit beserta dengan sambalnya sekali. Jangan lupa pelengkap menu ini adalah kicap! Selepas ini tak perlu lagi beratur di kedai makan semata-mata nak makan ayam goreng kunyit sebab anda sendiri boleh memasaknya di rumah.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini