Beberapa hari sebelum ini bertiup kencang desas-desus mengenai Elon Musk yang dikatakan bakal mengambil alih Twitter sebagai syarikat terbaru milik beliau. Elon Musk juga sebelum ini sedia mengatakan Twitter telah menjadi sebuah pusat digital untuk perkongsian pelbagai perkara, dan beliau ingin menjadikan Twitter sebagai sebuah platform untuk pengguna mengamalkan konsep free speech.
Dan hari ini secara rasminya Elon Musk telah mula mengorak langkah untuk mengotakan niatnya apabila beliau telah memasuki perjanjian dimana Elon Musk akan mengambil-alih keseluruhan Twitter pada nilai sekitar $44 bilion, iaitu sekitar RM191.7 bilion.
Dengan pengambil-alihan ini , Twitter yang kini didagangkan secara awam akan menjadi sebuah syarikat persendirian secara keseluruhan.
Selepas pengambil-alihan ini berjaya, difahamkan beberapa perubahan akan dilakukan, termasuklah menjadikan algoritma Twitter sebagai sumber terbuka. Disamping mereka akan mengatasi masalah spam yang sering berleluasa.
Elon Musk turut percaya Twitter mempunyai kemampuan yang lebih besar, dan akan membangunkan ia ke arah berkenaan. Elon Musk turut mempunyai beberapa syarikat lain dibawah beliau, termasuk Tesla, dan juga SpaceX.
Proses pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk ini dijangka akan selesai pada tahun 2022 ini juga, tertakluk kepada pengesahan pelbagai pihak.
Submer: prnewswire.com