Bugatti suatu ketika dulu pernah menempa nama dalam mencipta rekod kereta terpantas di dunia menerusi model Bugatti Veyron EB (pada tahun 2005), namun takhta itu kemudiannya berpindah tangan kepada SSC Ultimate Aero TT (pada tahun 2007) dan kemudiannya kembali kepada Bugatti menerusi model Bugatti Veyron Super Sport (pada tahun 2010).
Selepas 7 tahun memegang takhta kereta terpantas di dunia, Bugati terpaksa mengalah kepada Koenigsegg Agera RS (pada tahun 2017), dimana kekalahan tersebut agak memalukan kerana Koenigsegg Agera RS hanya menggunakan enjin twin-turbocharged berbanding Bugatti Veyron Super Sport yang menggunakan quad-turbocharged.
Namun kini bagi menebus kembali maruah Bugatti sebagai pemegang rekod kereta terpantas di dunia, mereka hadir dengan model baru yang lebih pantas. Melalui model yang diberi nama, Bugatti Chiron, baru-baru ini Bugatti secara rasminya dapat merampas kembali takhta itu buat kali ke ketiga.
Dengan rekod pecutan yang mencapai kelajuan maksimum sehingga 490.48 km/jam. Video ini turut memperlihatkan sedikit sebanyak persiapan pihak Bugatti dalam melakukan pecutan terpantas didunia ini. Tahniah diucapkan kepada jenama daripada Perancis ini diatas kejayaan mereka menghasilkan satu teknologi yang cukup menakjubkan.
p.s: Cristiano Ronaldo antara individu yang memiliki Bugatti Chiron dengan pembelian yang mencecah harga $2.5juta.