Resipi Aglio Olio Udang Galah


Menjelang waktu tengah hari ini, mesti kepala dah ligat memikirkan menu makan tengah hari. Yang di pejabat, dah berfikir tentang kedai makan sedap mana pula ingin dituju hari ini.Yang di rumah pula, dah mula berkira-kira nak masak menu sedap-sedap.

Untungnya kalau setiap hari berpeluang memasak di rumah. Fikir sahaja nak makan apa, cari bahan, cari resipi dan masuklah ke dapurrr…

Terasa nak menu masakan barat? Pasta? Aglio Olio Udang Galah? Jom kami kongsikan Resipi Aglio Olio Udang Galah daripada ibu anak dua ini..ringkas, sedap dan murah!

Resipi Aglio Olio Udang Galah.

Bahan-bahan:

1. Spaghetti – 400gram
2. Udang Galah – 8 ekor
3. 1 cawan Virgin Olive Oil
4. Bawang Putih 7 ulas (hiris nipis-nipis)
5. Parsley Flakes
6. Chili Flakes
7. Oregano Flakes
8. Parmesan Cheese (disagat)
9. 1/2 biji lemon
10. 10 biji Cherry Tomato
11. Garam secukup rasa.

Cara Penyediaan.

#Spaghetti.

1. Panaskan 5 cawan air. Masukkan sedikit Olive Oil dan garam.
2. Masukkan spaghetti apabila air mendidih.
3. Rebus spaghetti hingga lembut (lebih kurang 20 minit)
4. Asingkan 1 cawan air rebusan.
5. Angkat dan toskan spaghetti.

#Udang Galah.

1. Panaskan non-stick pan.
2. Masukkan 1/2 cawan air rebusan spaghetti yang telah diasing.
3. Masukkan sedikit air lemon dan garam.
4. Masukkan udang galah. Biarkan udang separuh masak. Angkat dan tepikan.
Cara nak masak Spaghetti Aglio Olio ni memang mudah dan cepat. Tak sampai setengah jam dah boleh setel sebenarnya.
Seterusnya..

Cara Penyediaan Mudah /Resipi Aglio Olio Udang Galah.

1. Panaskan secawan Virgin Olive Oil. Biarkan api perlahan.
2. Kemudian, masukkan hirisan bawang putih. Masak perlahan-lahan. Tak perlu sampai garing apatah lagi hangit..hehe
3. Masukkan Parsley Flake, Chilis Flakes dan Oregano Flakes. Masak perlahan-lahan.
4. Apabila hirisan bawang putih berwarna kekuningan, masukkan udang galah dan gaul bersama-sama.
5. Masukkan Cherry Tomato yang telah dipotong dua.
5. Masukkan sedikit garam.
6. Sekali lagi, angkat dan asingkan udang galah.
7. Masukkan spaghetti yang telah direbus tadi.
8. Masukkan baki air rebusan Spaghetti tadi.
9. Tabur 5 sudu Parmesan Cheese. Lagi banyak lagi sedap. Kalau takde Parmesan Cheesa, boleh juga gantikan dengan pati ayam. Tapi kami lebih suka gunakan Parmesan Cheese. Barulah original makanan Itali. Hehe..
10. Gaul sehingga sebati.
Hidangkan!
Jangan lupa letak udang galah yang telah diasingkan tadi semasa hidang di dalam pinggan ye..
Nak lebih sedap lagi, tabur Parmesan Cheesa di atas Spaghetti Aglio Olio korang!
Mudah sahaja kan Resipi Aglio Olio Udang Galah ni kan?

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini