Seminggu selepas Hari Raya Korban ini, kebanyakan daripada kita akan dihidangkan dengan hidangan masakan daging dari pagi hingga ke malam. Ini antara nikmat yang patut disyukuri oleh rakyat Malaysia (muslim) yang mewah dengan daging segar sempena ibadah korban berbanding negara luar yang sedang bergelut dengan isu peperangan dan penjajahan.

Tetapi awas, memakan daging dengan kuantiti yang banyak, anda mungkin berisiko untuk pening kepala. Cukuplah mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana. Jika mengalami pening atau sakit kepala, bolehlah amalkan petua hilangkan pening kepala ini.

Jadi, apa menu masakan daging yang ringkas dan sedap pilihan anda?

1# Daging Goreng Kunyit.

Menu kegemaran ramai setiap kali musim raya korban. Para isteri mesti suka masak menu sebegini. Sebabnya, bahan ringkas, cara masak mudah, cara hidang yang simple (nasi panas dengan daging kunyit sudah menyelerakan) dan suami pasti akan minta nasi tambah.

resipi daging goreng kunyit
Kredit: bidadari.my

Bahan-bahan: 

  1. Serbuk kuniyt (1 sudu makan)
  2. Bawang besar (4 ulas)
  3. Bawang Putih (2 ulas)
  4. Kacang panjang (5/6 tangkai)
  5. Cili besar merah (1 biji/dihiris)
  6. Garam (secukup rasa)
  7. Minyak untuk menggoreng.

Cara Memasak:

  1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis dan tidak terlalu besar.
  2. Perap daging itu seketika dengan serbuk kunyit.
  3. Goreng daging yang diperap tadi dengan minyak panas.
  4. Masak sehingga separuh garing, angkat dan toskan.
  5. Kurangkan minyak di dalam kuali.
  6. Masukkan hirisan cili merah, bawang besar dan bawang putih. Biarkan seketika hingga naik bau.
  7. Masukkan daging tadi bersama kacang panjang. Tabur sedikit garam, jangan lupa berselawat. Gaul daging dan lain-lain hingga sekata.
  8. Hidangkan daging goreng kunyit dengan nasi panas.

2# Daging Bakar

Satu lagi menu menyelerakan untuk santapan bersama keluarga. Daging bakar dimakan dengan nasi putih panas pun sudah memadai, apatah lagi dimakan dengan nasi kerabu! Daging korban segar yang dibakar di atas bara arang sering menjadi hidangan pilihan keluarga.

Bahan-bahan:

  1. 600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
  2. 1 sudu besar jintan manis
  3. 1 sudu besar jintan putih
  4. 1 sudu kecil serbuk lada
  5. 4 ulas bawang merah
  6. 500 ml santan pekat
  7. 1 labu bawang besar
  8. Garam

Cara Memasak:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.
  2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
  3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
  4. Panggang daging di atas bara arang/dapur dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.
Baca juga  Resipi Daging Bakar Thai

3# Sup Daging + Tulang

Daging lembu segar direneh dengan api perlahan untuk seketika, pasti aromanya memikat selera anda. Ada yang beranggapan memasak sup daging/tulang adalah satu perkara yang susah. Sebenarnya tidak. Memasak sup daging adalah mudah dan ringkas, cuma ianya memerlukan masa yang sedikit lama (sejam-dua jam) untuk memastikan daging itu betul-betul lembut dan empuk..fuhh..

Simple je bahan-bahan untuk sup daging ini.

Kredit: sudubesimelayu.com

Bahan-bahan:

  1. Daging dan tulang (1kilogram lebih kurang)
  2. Air (2-2.5 liter)
  3. Sup bunjut Adabi atau jenama kegemaran anda. (1 pc)
  4. Perencah Sup Siam Adabi atau jenama kegemaran anda. (1 paket)
  5. Serbuk sup Adabi (2.5 sudu makan)
  6. Halia muda (1 inci)
  7. Lengkuas (1 inci)
  8. Bunga cengkih, kulit kayu manis & pelaga
  9. Bawang putih (3 ulas)
  10. Bawang merah kecil (3 ulas)
  11. Bawang besar ( 1 biji)
  12. Ubi kentang (2 biji sederhana besar/dipotong petak)
  13. Minyak masak untuk menumis (4 sudu)
  14. Garam secukup rasa
  15. Daun sup/ketumbar (3/4 batang akar)

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis & pelaga bersama bawang putih yang telah diketuk manja.
  3. Masukkan sup daging Adabi dan tumis menggunakan api perlahan sehinggi pecah minyak sedikit.
  4. Kemudian, tambahkan halia dan lengkuas yang diketuk, secawan air, sup bunjut Adabi dan perencah sup siam Adabi. Dah macam Adabi pula yang taja segmen ini kan?:-p
  5. Agak-agak sup dah naik bau, baru tambah garam secukup rasa.
  6. Masukkan daging dan tulang ke dalam bekas untuk mereneh. Kemudian, masukkan sup bersama perencah lain ke dalam bekas yang mengandungi daging dan tulang.
  7. Tambah 2 liter air. Renehkan di atas api yang tidak terlalu besar selama 1 jam ~ 2 jam.
  8. Selepas 1.5 jam, cuba rasa dan tambahkan apa-apa yang terasa kurang. Jangan lupa tambah ‘kasih-sayang’ secukupnya.
  9. Hidangkan sup. Tabur hirisan daun bawang dan ketumbar serta bawang goreng. Nak umphh lagi, perah sedikit limau nipis untuk rasa masam-masam..

Siap 3 resipi masakan daging yang ringkas dan sedap yang boleh dicuba nanti.

Jangan lupa kongsikan resipi ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini