RHB Mobile Banking – Aplikasi Perbankan RHB Serba Baru Yang Lebih Moden


Aplikasi perbankan RHB nampaknya telah menerima nafas baru. Setelah bertahun fungsi-fungsi yang membosankan digunapakai dalam aplikasi RHBNow mereka, kini pihak RHB menawarkan aplikasi perbankan baru yang berasingan untuk pengalaman baru yang lebih mengujakan.

Menurut pihak RHB, aplikasi ini dilabel sebagai evolusi baru dalam penawaran perbankan mudah alih, ini kerana dengan rekaan yang lebih moden serta responsif, ia turut mengetengahkan beberapa fungsi sokongan yang disukai pengguna seperti pengesahan biometrik (cap jari), kemudahan pembayaran kepada rakan-rakan dengan pantas, pengawalan had transaksi, dan RHB Finder (pencarian ATM atau cawangan yang terdekat).

Bagi anda yang mempunyai akaun bank RHB dan ingin mula mencuba aplikasi baru mereka, bolehlah memuat-turunnya hari ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini