Beberapa hari yang lalu, tular sebuah klip video tentang seorang perempuan dibelasah dan disamun. Kejadian berlaku di dalam lif Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras.
Mangsa yang berusia 48 tahun itu telah ditumbuk dan ditendang beberapa kali di dalam lif tersebut tanpa belas kasihan. Suspek juga telah melarikan dompetnya yang berisi MyKad, kad bank serta wang tunai bernilai RM400
Ramai yang mengecam penyamun tersebut yang disifatkan tidak berperi kemanusiaan kerana sanggup menumbuk serta menendang wanita tersebut. Penyamun itu berupaya mengambil beg dan melarikan diri. Tapi dia memilih untuk membelasah Wanita itu sekali.
Berikutan dengan itu, Pejabat Ahli parlimen Kepong tampil kehadapan menawarkan wang tunai bernilai RM10,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat sahih mengenai suspek lelaki tersebut.
Perkara tersebut dibuat untuk mempercepatkan penangkapan lelaki terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin. Ini penting kerana jika dia tidak ditahan dalam masa terdekat, ia boleh mempengaruhi penjenayah lain untuk melakukan jenayah dengan cara yang sama iaitu di dalam lif atau lokasi lain yang terlindung.
Moga saspek dapat diberkas dengan segera..!