Rumah McDonald bakal dibuka untuk keluarga pesakit di Hospital USM, Kelantan.


Pernahkan anda tahu kewujudan Rumah Kebajikan Ronald McDonald? Di Malaysia terdapat satu sahaja Rumah Ronald McDonald iaitu di Hospital UKM, Cheras. Rumah Ronald McDonald adalah sebuah rumah kebajikan yang serba lengkap yang terletak di dalam kawasan hospital yang boleh menempatkan ahli keluarga pesakit pediatrik yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Syarat bagi keluarga pesakit untuk tinggal di sini adalah pesakit mestilah berusia 18 tahun ke bawah dan keluarga pesakit tinggal berjauhan dari hospital. Ia bertujuan supaya pesakit dan keluarganya akan sentiasa berada dekat antara satu sama lain.

Rumah Ronald McDonald, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan.
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) akan membina rumah perantaraan bernilai RM4 juta bagi kegunaan keluarga pesakit pediatrik yang mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

Azmir yang juga Presiden RMHC berkata, pembinaan rumah yang dijangka siap pada Mac 2019 adalah hasil kutipan derma rakyat Malaysia yang menyumbang antara RM500,000 hingga RM600,000 setiap tahun ke dalam tabung kebajikan yang disediakan di 271 cawangan restoran McDonald’s seluruh negara.

“Rumah ini mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara empat hingga enam buah katil setiap bilik yang turut dilengkapi bilik air sendiri. Selain itu ia dilengkapi ruang makan, ruang istirehat, dapur, bilik dobi dan taman permainan serta Bilik Sensori Ronald McDonald bagi membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas,”

Pembinaan Rumah Kebajikan Ronald McDonald ini dijangka dapat memberikan manfaat kepada bukan hanya rakyat kelantan tetapi kepada pesakit dari negeri lain juga yang mendapatkan rawatan di HUSM. Semoag banyak lagi pembinaan rumah kebajikan seperti ini dimasa akan datang.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini