Samsung mengorak langkah apabila mula mengedarkan telefon pintar boleh lipat mereka iaitu, Galaxy Fold, kepada beberapa individu untuk mendapatkan ulasan didunia nyata. Seperti yang diketahui, selain peranti ini adalah peranti premium kerana harganya yang mencecah lebih RM8,000, ianya juga merupakan satu invovasi dalam industri telefon pintar kerana hadir dengan skrin boleh lipat yang berbeza daripada telefon pintar biasa.

Namun, inovasi sesuatu produk mempunyai risikonya yang tersendiri ini kerana berkemungkinan teknologi yang digunakan masih belum cukup matang disamping penggunaannya yang boleh jadi kurang praktikal didunia nyata.

Inilah yang berlaku kepada Galaxy Fold apabila selepas beberapa hari penggunaan peranti percubaan ini, terdapat beberapa pengulas yang melaporkan terdapat masalah pada skrin Galaxy Fold.

Pertama, laporan dari The Verge yang mengatakan mereka menghadapi masalah skrin menggelembung selain turut dapat mengesan pixel mati.

Kedua, laporan daripada Steve Kovach dari CNBC yang berkongsikan masalah separuh daripada skrin peranti Galaxy Fold beliau telah berkelip dan kemudiannya terus mati dan tidak berfungsi.

Baca juga  Awas! Kini PDRM Dapat Jejaki Anda Yang Melayari Laman Pornografi

Ketiga, laporan daripada Mark Gurman dari Bloomberg pula mengatakan bahawa skrin peranti beliau rosak akibat daripada insiden yang tidak disengajakan apabila beliau secara tidak sengaja menanggalkan pelindung skrin yang tidak sepatutnya dibuka oleh pengguna.

Keempat, laporan daripada Marques Brownlee dari MKBHD yang turut mengalami masalah skrin rosak dan mati berkaitan pelindung skrin tersebut.

Ekoran daripada masalah-masalah ini, pihak Samsung masih tidak membuat sebarang kenyataan rasmi. Namun, semestinya masalah seperti ini mungkin telah dijangkakan terlebih dahulu memandangkan mereka adalah pengeluar yang pertama berani untuk mengeluarkan peranti sedemikian rupa. Jadi, sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini