Sanggup Bayar Denda RM2,000? Bolehlah Pasang Lampu HID Di Kereta Anda!

Lampu HID

Apa Itu Lampu HID?

High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon. Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

Penggunaan lampu HID semakin berleluasa digunakan sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna jalan raya lain kerana kecerahan lampu itu disifatkan menyilaukan pandangan mereka.

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang baru-baru ini mengumumkan pengharaman penggunaan lampu HID.
Meskipun ada yang berpendapat bahawa lampu HID memberikan pandangan yang lebih baik dan jelas di jalan raya, tetapi ia juga boleh menyilaukan pengguna jalan raya lain dari arah bertentangan, yang juga berisiko tinggi menyebabkan kemalangan jalan raya.
Lampu HID yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi standard yang telah ditetapkan boleh menganggu penglihatan dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain
Begitu juga jika kenderaan yang menggunakan lampu HID ini datang dari arah belakang membuatkan pemandu di hadapan silau dan tidak dapat memandang cermin pandang belakang.
Untuk itu, Menteri Pengangkutan kini mengharamkan penggunaan lampu HID pada semua jenis kenderaan tanpa sebarang pengecualian.

Denda RM2,000 atau Penjara 6 Bulan.

Menurut beliau, mana-mana pemilik kenderaan yang didapati bersalah dan melanggar undang-undang itu akan didenda RM2,000 atau penjara selama enam bulan.
Mungkin ada yang sanggup Bayar Denda RM2,000, tetapi kami pasti, ramai yang tidak sanggup dipenjara selama enam bulan. Jadi, tepuk dada tanya hati.
Bagi pemilik kenderaan yang masih menggunakan lampu HID, anda dinasihatkan untuk menukarnya dalam kadar segera atau berdepan dengan tindakan undang-undang jika ditahan dalam sekatan jalan raya.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini