Sebelum Membeli Kamera ‘Mirrorless’, Baca 5 Tips Padu Ini Terlebih Dahulu.


Ianya sejenis kamera kompak yang ringan dan mampu menghasilkan kualiti gambar setanding DSLR. Jadi tidak hairanlah kamera ‘mirrorless’ menjadi impian ramai mengikut trend semasa hari ini.

Sebelum melangkah ke kedai kamera, baca dahulu 5 Tips Padu Sebelum Membeli Kamera ‘Mirrorless’.

1# Kegunaan Utama Kamera Mirrorless.

Hal pertama yang perlu dijawab, apakah tujuan utama anda membeli kamera ‘mirrorless’. Adakah untuk sekadar mengambil gambar pemandangan, untuk aktiviti vlog atau sekadar untuk selfie kemudian muat naik di media sosial peribadi?

Dah ada jawapan, baru boleh mula menuju ke kedai kamera. Asasnya, setiap kamera ‘mirrorless’ mempunyai kelebihan dan tatacara guna tersendiri.

canon mirrorless

2# Megapixel dan Sensor Kamera

Jika keperluan kamera ‘mirrorless’ untuk kerja-kerja grafik atau kerja serius, kamera yang mampu menghasilkan gambar bermegapixel yang besar sangat penting.

Sebaliknya, jika sekadar untuk kerja-kerja asas atau muat naik gambar di media sosial, kamera ‘mirrorless’ dengan megapixel sederhana sudah memadai.

Untuk sensor pula, kamera ‘mirrorless’ mempunyai tiga pilihan iaitu fullframe, APS-C dan four thirds. Ketiga-tiga sensor mempunyai kebaikan dan keburukan. Untuk pemain foto yang mementingkan kualiti foto yang padu, semestinya memilih fullframe. Harganya juga lebih tinggi.

3# Pilihan Lensa

Hasil foto atau video dengan lensa tertentu selain lensa kit seringkali lebih menggiurkan. Contohnya, bokeh terhasil menggunakan lensa 50mm F1.4 pasti lebih seksi dan halus berbanding lensa kit biasa-biasa.

Semasa proses membeli kamera ‘mirrorless’ anda akan ditawarkan dengan variasi lensa yang boleh dipadankan dengan body. Kenal pasti fungsi yang diperlukan. Harga setiap lensa juga berbeza.

Jika anda tiada masalah dengan harga, bolehlah mempertimbangkan lensa daripada jenama Sony, Nikon, Canon, Olympus, Fuji. Paling sedap, cubalah lensa Leica, Carl Zeiss, Schneider yang pasti juga dengan harga yang lebih sedap.

Jika tidak memadai dengan lensa daripada jenama pihak ketiga.

lensa kamera mirrorless

4# Ukuran dan Berat Kamera.

Ada yang sukakan kamera yang lebih berat seperti DSLR kerana lebih senang dikawal dan lebih seimbang dengan berat lensa.

Ada yang lebih sukakan kamera ‘mirrorless’ yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Tepuk dada, tanya selera, seluk poket :-p

5# Ciri-ciri Kamera

Sebelum membeli kamera ‘mirrorless’, sangat penting untuk mengenalpasti kemampuan kamera atau ciri-ciri (features) utama kamera. Kebanyakan pemain foto lebih sukakan kamera ‘mirrorless’ yang mempunyai kemampuan seperti berikut:

  • autofocus yang cepat
  • ciri ‘burst’ yang mampu merakam lebih banyak momen
  • minimal sensor kamera 4/3
  • wifi
  • bluetooth
  • GPD
  • touch screen

Bagi mereka yang lebih suka merakam video/vlog menggunakan kamera ‘mirrorless’, pastikan kamera yang ingin dibeli mempunyai LCD yang boleh dipusing ke depan agar lebih mudah untuk merakam muka sendiri!


2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini