Semak Kawasan Yang Mengalami Gangguan Bekalan Air Menerusi Google Maps


Hari ini bermulanya episod penjimatan air oleh sebahagian pengguna yang menetap atau bekerja di kawasan Lembah Klang. Diantara kawasan-kawasan yang terlibat adalah termasuk Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Difahamkan menerusi pengumuman rasmi yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor, gangguan air ini akan berlanjutan sehingga 4 hari lamanya. Gangguan ini disebabkan oleh proses-proses penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) yang terletak di Batang Berjuntai.

Untuk memudahkan pengguna yang terjejas, selain daripada kemas kini yang dimuat naik dilaman-laman sosial, kini kawasan yang terkesan boleh dilihat secara visual menerusi laman Google Maps.

Melalui visual ini, peta kawasan yang terjejas ini dipaparkan beserta tarikh dan masa ia dijangka bermula dan berakhir.

Untuk makluman, peta ini dihasilkan secara sukarela oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama, MambangStory dimana ianya sama sekali tidak melibatkan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Pengurusan Air Selangor.

Pautan untuk menyemak kawasan air yang terjejas – Gangguan Air SSP2 di Google Maps

Kudos buat beliau kerana niat murni yang ingin memudahkan urusan pengguna yang terjejas.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini